Pages

15 July 2009

sedikit perkongsian~



saat tentera islam di uji rasa gentar berhadapan dengan 200,000 orang tentera Rom ,berbanding dengan bilangan mereka yang hanya 3000 orang-dalam peperangan muktah, Abdullah Bin Rawahah bangkit dan berkata :
" Kita berperang dengan pihak musuh bukan kerana senjata, bukan kerana kekuatan dan bukan juga kerana jumlah yang besar. Kita berjuang kerana agama Allah dan akan dimuliakan olehNya. Ayuh kita bangkit berjihad fi sabilihil kareem dan semoga kita dikurniakan salah satu daripada dua pahala iaitu menang ataupun mati sebagai syuhadaa' "

kedua-dua pihak tentera memberi saingan sengit kepada pasukan lawan masing-masing dan pada ketika itulah panglima perang pertama tentera Islam(perang muktah) berjaya menyahut seruan syahid Rabbul azim, asSyahid Zaid bin Harithah yang juga merupakan anak angkat kepada Baginda asSyarif alahi salam. Lantas tentera Islam di gantikan dengan panglima baru (seperti yang telah dirancang), assyahid Jaafar bin Abi Talib, beliau turut sama mendapat tentangan hebat daripada pihak musuh. Jaafar ketika itu telah dikepung musuh sehingga beliau tidak dapat melepaskan diri dari kepungan tersebut. Hanya Allah menjadi ghayah, tanpa rasa gentar sedikit pun Beliau berteriak di hadapan musuh2nya :
" Indahnya syurga, aku dapat melihat syurgaNya menemput aku dengan minuman yang enak dan manis. Masa pembalasan Rom telah tiba, kerana mereka tiada pertalian darah dengan kita dan mereka bukan muslimun, aku harus menentang tentera rom habis-habisan apabila ku melihat wajah-wajah mereka!"

hukum alam, ramai menentang satu, adik yang belum bertadika pun tahu jawapannya. Akhirnya Jaafar pun menuruti langkah Zaid bin Harithah selepas satu persatu tangannya dipotong-tangan kanannya yang pada mulanya menyambut panji daripada Zaid yang rebah dipotong, beliau memindahkan panji ke tangan kirinya, turut di potong, beliau berusaha memegang panji dengan kedua lengannya, namun pada akhirnya, salah seorang tentera Rom telah mencantas tubuh Jaafar sehingga terbelah dua. Tamatlah riwayat Jaafar.

abdullah bin rawahah akhirya bergegas menyambut panji yang hampir rebah sujud ke bumi. Beliau menggantikan tempat Jaafar (pun seperti yang telah dirancang) namun, beliau turut syahid dan akhirnya, panji Islam telah di pegang oleh Thabit bin arqam,namun beliau menyerahkan panji kepada Khalid Alwalid.
Beliau (Khalid) yang pada awalnya menolak untuk memimpin pasukan tentera Islam kerana malu dan rasa rendah diri sebagai 'orang baru' dalam Islam (memeluk Islam ketika Perjanjian hudaibiyyah), tambahan pula inilah perang pertama yang disertainya dengan title 'muslim'.

Khalid akhirnya mengarahkan tentera Islam berundur sedikit demi sedikit ke Madina kerana 'kita' sudah tidak mampu bertahan lagi dan terlalu ramai yang syahid.Namun, sebenarnya tindakan Khalid itu juga menjadi satu muslihat bagi mengaburi musuh yang menganggap bahawa ada sesuatu yang telah dirancang oleh tentera Islam disebalik pengunduran mereka ke Madinah. Tentera Rom mengambil keputusan untuk tidak mengejar mereka kerana hakikatnya, mereka akur dengan kehebatan orang Islam yang penuh strategik dalam peperangan.

Tatkala berita perang muktah diiringi berita tenteng kepahlawanan Khalid sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, Baginda lantas bersabda : “Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah al Maslul, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik” (bermula dari saat itu, Khalid di panggil dengan nama Saifullah )

No comments: