Pages

29 July 2009

kelahiran BUSYRA~

pss..ni snanye lampiran surat yang kitorg hntr kat Us Yaakob~hehe

KERTAS KERJA BADAN SYURA ALUMNI AL-MANAR (BUSYRA)

Bismillahirrahmanirrahim,

BUSYRA telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada 29 Julai 2009 oleh beberapa orang alumni Maahad Al-Manar.

1. Objektif penubuhan BUSYRA ialah :
:: Merapatkan ukhuwah antara alumni-alumni Al-Manar
:: Merapatkan ukhuwah antara alumni dan para pelajar Al-Manar
:: Membantu pihak sekolah dalam memantapkan syakhsiyyah para pelajar Al-Manar

2. Organisasi rasmi BUSYRA masih belum di susun secara teratur atas sebab2 tertentu.

3. Dalam perjumpaan ringkas yang lalu, kami yang terdiri daripada ukht. Taqiah binti Borhan (B1),ukht. Husna binti Mustapha (B1), ukht. Nusaibah binti Sallehuddin (B1), ukht. Umairah binti Norazam (B2), ukht. Mawaddah binti Norazam (B2) dan ukht. Atiqah binti Asmadi (B2) telah bercadang untuk menggabungkan BUSYRA dalam organisasi alumni lelaki Al-Manar. Namun, hal tersebut masih dalam perbincangan dan pertimbangan.

4. Kami bercadang untuk melantik Ustaz Yaakob bin Wan Harun selaku pengetua Maahad Al-Manar sebagai penaung sekaligus penasihat kepada BUSYRA.

5. Pengisytiharan secara rasmi penubuhan BUSYRA akan diputuskan setelah kami mengadakan perjumpaan khusus bersama Ustaz Yaakob dalam masa terdekat.

6. Usaha menubuhkan BUSYRA ini telah kami mulakan dengan menubuhkan sebuah blog sebagai salah satu wadah BUSYRA. Blog BUSYRA boleh dilawati di laman http://www.banatean.blogspot.com/

7. Besar harapan kami untuk menjadikan BUSYRA sebuah pertubuhan yang kukuh dan mantap dengan penglibatan alumni-alumni Al-Manar seluruh Malaysia dan dikukuhkan lagi dengan organisasi, misi, visi, logo dan lagu tema tersendiri.

Semoga Allah meredhai usaha kami dalam merealisasikan pertubuhan BUSYRA demi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan sebagai langkah pertama melahirkan generasi-generasi duat lantas menubuhkan satu komuniti dakwah demi mendukung agama Allah di muka bumi

No comments: