Pages

31 August 2010

Salam Wida'




Bismillah.

Post ini ana tujukan khas buat sahabat2 yg akan menuntut ilmu jauh dari bumi Malaysia.(yg dlm Malaysia juga).
"Selamat meneruskan Jihad ". Kita jumpa dlm Rabithah, InsyaAllah :)
Allah sentiasa bersama kamu ^_^

28 August 2010

Masa


Demi masa!

Sesungguhnya semua manusia itu dalam kerugian

Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan pada kesabaran

^Hargai masa anda^ :)

*YA ALLAH, jauhkanlah kami daripada sifat membuang masa*

-Wallahu A'lam-

27 August 2010

Menguatkan ingatan :)

In The Name of ALLAH S.W.T.

The Most Gracious

and

The Most Merciful

- Sila tajdid niat membaca -

Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. (Al Baqarah:168)

Base on the title, macam mana nak menguatkan ingatan yang asyik lupa ni?

Mari kita tengok kembali apa yang kita makan. Lets avoid these things!

1. Kepala ikan.
Kesian peminat setia kari kepala ikan ;(

2. Organ dalaman.

Antaranya limpa, jantung, perut, usus dan sebagainya.

3. Makanan yang bersemut!


Jangan ingat semut tu kecil, maka effectnya pun kecil. Kerana seekor semut, gagal satu paper. (Haha, salahkan semut. Tak baik betul!)

4. Makan berlebihan.
Kita ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W., makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. (Pernah ke ikut???).

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. is the best!

Lepas baca, amalkan! Kalau tak, sia-sia sahaja.

"Al Ilmu Bila 'Amal Ka As Sayyarah Bila Stereng"
Ilmu tanpa amal seperti kereta tanpa stereng.

Semoga anda semua memperoleh kekuatan untuk beramal :)

:: YA ALLAH, peliharalah iman kami! ::

^Wallahu A'lam^

22 August 2010

Makanan Di Syurga :)

Bismillah.

Makanan di syurga tidak sama dgn makanan duniawi yg jika disantap membawa kesan negatif. Ahli Syurga boleh makan dan minum sepuas-puasnya tanpa pernah sakit perut dan tanpa perlu buang air. (MasyaAllah).

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :" Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum. Namun mereka tidak meludah, kencing, buang air ataupun mengeluarkan hingus."
Para sahabat bertanya :" Lalu apa jadi dgn makanan mereka?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Menjadi peluh yg berbau kasturi. Mereka diilhamkan utk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan utk bernafas." (Riwayat Imam Muslim drpd Jabir r.a)

Oleh sbb syurga itu sifatnya abadi,maka mknnnya juga bersifat keabadian. Klu manusia di dunia ini makan wlu pun sedikit,nescaya ia tidak akan berasa lapar lagi sehingga ke akhir hayatnya. Dan menariknya, kes ini mmg benar2 berlaku.

Imam Tajuddin Ibnu Al-Subki bercerita dlm kitabnya Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra mengenai seorang perempuan yg suaminya br sahaja mati syahid. Ia lalu bermimpi berjumpa suaminya di dalam syurga. Si suami memberi isterinya sedikit makanan syurga yang sdg disantapnya. Wanita itu berkata," Bentuknya seperti roti, namun warnanya lebih putih drpd salji dan susu. Rasanya lebih manis drpd madu dan gula. Lebih lembut drpd mentega dan samin."

Setelah terjaga drpd tidurnya, wanita ini berasa sgt kenyang. Dan sejak hari itu, ia tidak pernah berasa lapar dan haus lagi. Beliau juga tidak pernah mengeluarkan najis hingga akhir hayatnya. (Subhanallah).

14 August 2010

Marhaban Ya Ramadhan **

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Raheem.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Umatku telah dikurniakan dgn lima perkara yg istimewa yang belum pernah diberikan kpd sesiapapun sebelum mereka;
  1. Bau mulut drpd org Islam yg berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah drpd bau haruman kasturi. Ikan2 di lautan memohon Istighfar ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.
  2. Segala perbelanjaan dan derita lapar semasa puasanya adalah Syurga balasannya.
  3. Diampunkan dosa2 mereka pada malam Lailatul Qadar.
  4. Amalan yg dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku.
  5. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat kelak."

* Subhanallah *