Bismillah.
Makanan di syurga tidak sama dgn makanan duniawi yg jika disantap membawa kesan negatif. Ahli Syurga boleh makan dan minum sepuas-puasnya tanpa pernah sakit perut dan tanpa perlu buang air. (MasyaAllah).
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :" Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum. Namun mereka tidak meludah, kencing, buang air ataupun mengeluarkan hingus."
Para sahabat bertanya :" Lalu apa jadi dgn makanan mereka?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Menjadi peluh yg berbau kasturi. Mereka diilhamkan utk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan utk bernafas." (Riwayat Imam Muslim drpd Jabir r.a)
Oleh sbb syurga itu sifatnya abadi,maka mknnnya juga bersifat keabadian. Klu manusia di dunia ini makan wlu pun sedikit,nescaya ia tidak akan berasa lapar lagi sehingga ke akhir hayatnya. Dan menariknya, kes ini mmg benar2 berlaku.
Imam Tajuddin Ibnu Al-Subki bercerita dlm kitabnya Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra mengenai seorang perempuan yg suaminya br sahaja mati syahid. Ia lalu bermimpi berjumpa suaminya di dalam syurga. Si suami memberi isterinya sedikit makanan syurga yang sdg disantapnya. Wanita itu berkata," Bentuknya seperti roti, namun warnanya lebih putih drpd salji dan susu. Rasanya lebih manis drpd madu dan gula. Lebih lembut drpd mentega dan samin."
Setelah terjaga drpd tidurnya, wanita ini berasa sgt kenyang. Dan sejak hari itu, ia tidak pernah berasa lapar dan haus lagi. Beliau juga tidak pernah mengeluarkan najis hingga akhir hayatnya. (Subhanallah).
No comments:
Post a Comment