Pages

23 August 2011

Program sadaqah untuk al masaakin.

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, Medic Mesir telah menganjurkan JOM! Kasih Ramadhan 2.0. untuk membantu rakyat miskin dan tidak berkemampuan.

Peluang keemasan untuk menambahkan pahala. Jadi, marilah kita bersama-sama menambahkan amalan! Bukankah pahala amalan dilipat gandakan dalam bulan Ramadhan? Ayuh, cepat sebelum terlambat. Ramadhan masih berbaki :)


Syukran ^^

4 things to do for a Remarkable Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T.

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Adakah mahu menjadikan ia sia-sia seperti tahun-tahun sudah?

Wake up.

Waktu kat Maahad, kebanyakan kita berlumba-lumba membuat amal. Fastabiqul Khairaat =)


Wallahu A'lam.

17 August 2011

Pertanyaan

Assalamualaikum W.B.T.

Formspring telah diletakkan di bahagian kanan. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan di situ ya. Syukran =)

15 August 2011

Majlis Makan Malam Amal Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar


Assalamualaikum W.B.T.

Secara rasminya Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar akan mengadakan majlis makan malam;

Tarikh: 24 September 2011
Hari: Sabtu (malam Ahad)
Tempat: Dewan MAEPS, Serdang, Selangor
Masa: 7.45 - 10.45 malam

Dijemput sesiapa yang berminat untuk membeli tiket sempena majlis tersebut iaitu 1 meja = 10 kerusi dan dibahagikan kepada 3 kategori:

1 MEJA : RM 1,500 (1 KERUSI RM 150)
1 MEJA : RM 3,000 (1 KERUSI RM 300)
1 MEJA : RM 4,500 (1 KERUSI RM 450)


Boleh dibeli 1 kerusi untuk 1 orang.
Tentatif program;

7.45 malam : Ketibaan staff dan tetamu
8.00 malam : Ketibaan VIP
8.15 malam : Bacaan Al-Quran
8.20 malam : Ucapan Pengerusi
8.30 malam : Ucapan Perasmian
8.45 malam : Persembahan Pelajar & Persembahan dari kumpulan RAIHAN
8.50 malam : Jamuan Makan
10.45 malam: Doa penutup & bersurai


Objektif: Untuk mengumpul dana bagi infrastruktur dan pendidikan pelajar Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNYA, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNYA. (Al Baqarah:261)

Sumbangan antum dan keluarga antum, hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang dapat membalas.

Untuk tempahan tiket ,sila hubungi:

En.Ahmad Nizam (019-3812779)
Pn.Norazean (012-2115749)
Pn.Zarina (013-2559015)

Wallahu A'lam.

01 August 2011

Summer Holiday

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, summer holiday! InsyaALLAH kakak-kakak yang pulang; Kak Asiah, Kak Fadhilah dan Kak Nusaibah. Ada apa-apa perancangan aktiviti, boleh hubungi kami ya.

Semoga cuti ini dihabiskan dengan perkara yang berfaedah, InsyaALLAH. Mari kita berusaha untuk tidak menjadikan Ramadhan kali ini sia-sia. YA ALLAH, bimbinglah kami :)
Wallahu A'lam