Pages

28 July 2009

ballighna ramadhan ya rabb!

assalamualaikum:)

kedatangan syaaban sememangnya memantapkan lagi keriduan mereka yang memilih untuk thabat atas jalan yang mustaqim~yalah, syaaban-ramadhan..hanya menghitung hari menyambut kehadiran tetamu teragung Allah Azza wa Jalla..
semoga ana, antunna, dan SEANTERO muslimun dan mu'minun tergolong dalam golongann yang berlumba2 mencalonkan diri menjadi VIP Allah!!
menjadi VIP Allah bukan suatu perkara yang gampang! perlukan usaha+doa+alYaqin+tawakkal..
usaha yang bagaimana??
baru2 ni, ana terdengar sedikit khatirah di radio IKIM..besar pengharapan untuk bekongsi apa yang ana kemam hari ini, agar dapat kita hadamkan bersama~

meniti syaaban yang semakin meninggalkan kita, ayuh kita muhasabah kembali, apakah persediaan kita menyambut kedatangan Ramadhan alMubarak..

1 BERDOA
+ cincai benar rasanya perkataan 'berdoa' bagi kita yang bergelar muslim. Namun, sejauh mana penghayatan kita yang bergelar muslim, apatah lagi menaikkan sedikit martabat kita sebagai yang bergelar mu'min menghayati dengan penuh keyakinan, apakah itu 'berdoa' (hayatilah~)

doa yang biasa diratibkan bagi mempersiapkan diri sekaffahnya menyambut Ramadhan..
" Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan"

2 BERMAAF-MAAFAN
+ kenapa nak tunggu raya baru nak minta maaf??
kenapa kene bermaaf-maafan dalam perjalanan kita menyambut bulan mulia?? segalanya berkait rapat dengan soal hati!!

3 MEMBERI TUMPUAN KEPADA AMALAN2 WAJIB DAN AKHLAK
+ amalan wajib??! hadirkan hati~
+ akhlak??! pernah dengar x-manusia, perangainya terbentuk kerana kebiasaanya.
bagaimanakan akhlak kita dengan Al-Khaliq? rapuhkah..? kalau mcm tu, bagaimana pula dengan makhlukNya??

4 LAZIMKAN DIRI UNTUK MENGHIDUPKAN MALAM
+ ramai yang masih berkabus kefahamannya tentang perbezaan ihya' al lail (menghidupkan malam) dan qiamullail (bangun malam)
kedua2 nya penting syadid!!! sebagai persediaan kita bertarawih dan bangun sahur!! huhu~

5 TAKTHIRKAN PUASA
+ daripada Aisyah r.a " aku x pernah melihat Rasulullah berpuasa sebanyak Baginda berpuasa pada bulan diantara Rejab dan Ramadhan.."

6 PERSIAPAN MENTAL
+ bacaan dan hadiri kuliyyah2 ihya Ramadhan

7 SIAPKAN DIRI DENGAN BAHAN2 DAKWAH
+ apa plak kaitan dakwah dengan Ramadhan? bagi para duat..inilah masanya!! hakikatnya, ramai yang menjadikan Ramadhan sebagai medan perubahan (mereka nak berubah, mereka perlukan kita!! anda!! antunna!! dan ana!! ) kerana apa?? inilah yang dinamakan madrasah ramadhan!

8 MEMBACA KISAH2 SAHABAT DAN ULAMA SILAM MEYAMBUT RAMADHAN
+ siapa lagi qudwah kita kalau bukan mereka??

9 BERAZAMLAH UTK JADIKAN RAMADAHAN SEVAGAI BATU LONCATAN UNTUK KITA BERUBAH!!
+ Ramadahan bulan tarbiyyah! siapakah murabbinya?? Allahu Rabbi!
" kun rabbaniyyan wa la takun ramadhaniyyan.."

siru ala barakatillah~

3 comments:

Ate3y said...

waa..husna pny post semue tazkirah la..hehe

gudjob..:D

Anonymous said...

eh ni bukan una la!!

uMay said...

اللهم بلغنا رمضان!!!...

ku harapkan....ramadhan...kali ini..penuh makna....agar dapat....