Pages

27 July 2009

Kurang akal kurang agama

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم انفعني بما علمتني ، وعلمني ما ينفعني ، وزدني علماً

Ya Allah,mudahkanlah aku mengambil manfaat daripada apa yang telah engkau ajarkan.
Ajarkanlah aku apa yang bermanfaat buat diriku.
Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan..

Dari Abdullah bin Umar katanya ,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud , :

"..Wahai kaum wanita,bersedekahlah kamu dan banyakkan istighfar iaitu memohon ampun.
kerana aku melihat kaum wanitalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka.."


Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, :
"..Wahai Rasulullah,mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?.."

Rasulullah bersabda, :
"..Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.."

Wanita itu bertanya lagi, :
"..Wahai Rasulullah,.apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?.."

Rasulullah bersabda, "
"..Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.Inilah yang dikatakan kekurangan akal .Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana Haid.Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.."( Riwayat Muslim)

Wanita adalah makhluk yang unik,diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki.Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah..

Ketika mereka dalam Haid atau nifas serta tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa,mereka sebenarnya masih boleh menjalankan amal ibadah lain yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt..

Perempuan juga dikatakan lemah akalnya kerana mereka mudah sekali terpengaruh,tertipu dan terpedaya.Ini kerana dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir dengan lebih panjang dan bersifat emosional.Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki..

Tetapi dalam hal yang lain,Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan lelaki.Hanya yang membezakan antara makhluk Allah swt adalah nilai ketaqwaan mereka..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,.:
"..sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu kerja,dia melaksanakannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya.."
( Riwayat Al-Baihaqi )



hamba sang pencipta
Eslump90

1 comment:

Anonymous said...

colourful btol post2 k una kte ni!!