Pages

17 July 2009

aku dan logam


عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم

(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )).

>>Annas ma'adin, khiaruhum fil jahiliyyah khiaruhum fil islam, idza faqihu/faquhu<<


Maksud:“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (sahih bukhari)


huhu~ni salah satu 'motivator' ana kalau ana futur...sedikit perkongsian..


bismillah..Dengan namaMu Ya Rabbal Alamin..

nilai logam tak akan berubah mana2 zaman. Sekiranya dia jahil,maka nilai itu akan menyokong jahiliyyahnya. Begitulah sebaliknya, sekiranya dia Islam, maka nilai itu jugalah yang akan menolong keislamannya..JIKA DIA FAHAM (segalanya bergantung kpd KEFAHAMANNYA)


mungkin antunna rasa jauh dengan hadith Baginda nih..kalau mcm tu, kenapa hadith nih di ungkapkan?? seandainya kita sebagai seorang muslim hanya tahu itu adalah salah satu hadith Rasulullah, kita hanya sedar kita perlu beriman dengannya, kita hanya tahu membaca syarah2 hadith yang berjela2..maka tak hairanlah umat islam terus mundur dan terus berada di 'bawah graf'..hanyut..dan terus mundur!!


Rasulullah di utuskan kpd kita sebagai murabbi kita..sbgi guru yang mengajar selok belok kehidupan kepada anak muridnya (mutarabbi) yang 'kosong'..tak mengerti apa2..oleh itu, kita harus sedar, SEGALA tindakan dan setiap langkah Baginda merupakan olahan kepada kehidupan kita mutarabbinya-cara makan, cara berhadath, kaifiyyah mentadbir dan pelbagai lagi..kesimpulannya, setiap yang berlaku perlu kita 'reflect' kan pada diri dan perjalanan kita di dunia ini..


Jadi, apakah yang ingin Baginda sampaikan kepada KITA melalui hadith ini?!


sesuatu yang paling besar yang nak ana kongsikan ialah..

kehebatan (nilai2 hebat..kepimpinan, kebijaksanaan, kemampuan itu dan ini..) kita ketika kita jahil, mampu memberikan impak yang SANGAT BESAR kepada Islam bilamana kita intima' kan diri kita ke dlm Islam, seandainya kita faham islam!!


kalaulah sebelum ini kita ragu2 berfikir, ish, orang macam aku ni, boleh ke bagi sumbangan kat Islam? ish..boleh ke aku jd mcm si fulan??die bolehlah, keluarga dia memang da hebat..


makanya, ini motivasi terhebat yang boleh kita bisikkan kepada diri, sekarang aku hebat dalam kejahilanku ini, maka seandainya aku faham dan mengamalkan Islam, aku akan jd LEBIH hebat!!! aku perlu yakin, bahawa tiada yang mustahil sebab dah ramai sahabat2 Baginda membuktikan kesahihan hadith ini (Umar AlKhattab salah satunya)..!! aku boleh jadi hebat!! dengan syarat, aku perlu FAHAM dan AMAL Islam..aku perlu usaha kearah mencapai kefahaman dan mencapai Halawatul Iman yang 'terrr...' (tak terkata..)


No comments: