Pages

21 July 2009

Lensa fitrah..

Oh semut makhluk Allah..!

Cubalah perhatikan sang semut,serangga bertubuh kecil yang sentiasa hidup dalam satu komuniti yang bersatu padu.Jika haiwan kecil ini muncul dalam jumlah yang banyak,pasti gawat manusia sehingga mereka terpaksa melakukan pelbagai cara untuk mengapuskannya.

Rajin dan dedikasi sang semut sangat menarik untuk dikaji dan diteliti.Perhatikan ketika sang semut mencari makanan.Si kenit ini begitu tekun,gigih malah cukup tabah terokai kawasan yang ada sumber makanan.
Justeru jika dibandingkan dengan manusia yang diberikan akal,tubuh badan yang sihat,serta fizikal yang cergas,..mengapa tidak kita mengambil iktibar daripada sang semut ini??

Allah swt menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil kerja tekun,dan berdedikasi.Orang yang hebat dan berjaya cemerlang memang selalu fokus sama seperti semut yang selalu berungguh-sungguh dalam usaha mereka.

Ini bertepatan dalam firman Allah swt yang bermaksud...,:
"..dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan)
apa yang diusahakannya.." -surah al-najm:39-

Hayati juga pesanan seorang tokoh barat,bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat,Charles Evans Hughes yang berkata...,:
"..orang tidak akan mati kerana bekerja kuat .mereka mati kerana pembaziran dan
kecemasan (taqdir).."

Jadi,apa lagi alasan kita untuk tidak bekerja kuat?? berusahalah dan terus berusaha..
Ingat! Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa disusuli usaha,doa dan tawakkal kepada Allah
swt yang SATU..

renung-renungkan dan fikir-fikirkan
..

2 comments:

BaNaTean_Z said...

pss..sape post ni ye??

BaNaTean_Z said...

me una..kehkehkeh