Pages

29 April 2009

Meratapi Kesalahan Yang Tiada Penghujungnya...

Aisyah bercerita bahawa pada satu malam Nabi s.aw datang selepas solat isya'. beliau tidur sebentar kemudian bangun dari tidurnya dan berwudhu'. selanjutnya, beliau mulai solat lalu menangis. beliau terus saja solat sambil menangis, sehingga air mata beliau bercucuran membasahi tikar. beliau masih solat,menangis dan bercucuran air mata, sampai Bilal bertanya,

''Mengapa engkau menangis Ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu maupun akan datang?''.


Nabi s.w. pun bersabda:

''celakalah engkau, Bilal, bagaimana aku tidak menangis sedangkan malam ini telah diturunkan satu ayat yg barang siapa yg membacanya tetapi tidak meresapinya, maka celakalah ia!''

kemudian beliau membaca firman Allah s.w.t :

orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.'' kemudian Baginda s.a.w bersabda, ''celakalah siapa yg membacanya, tetapi tidak memikirkannya''

========================================================

secebis kisah tentang Rasulullah sahaja sudah mampu membuatkan kita terkesima dan sebak meratapi lautan kesalahan2 yang telah kita lakukan saban hari. betapa hinanya manusia ini. sudahlah hanya HAMBA kepada Yang Maha Pencipta, tetapi sering saja berlagak sombong depan ALlah s.w.t. seringkali mengutamakan dunia dari akhirat. mengutamakan kesenangan diri sendiri daripada keredhaan Yang Maha Kuasa.

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, ampunkan dosa2 kami..

Selawat dan salam untuk baginda rasul s.a.w.

semoga Allah melindungi kita semua dari maksiat duniawi dan kelalaian daripada mengingati-Nya. Allahumma Sabbit Quluubana a'la DiiniiK.....

-Atiqah Asmadi-

No comments: