Pages

24 April 2009

3 roads?

Assalamualaikum W.B.T.

Secara tak rasminya, sape rase macam nak kenal al-manar ni, meh la ana tolong perkenalkan. Okay, Al-manar ni letaknya dalam pelusuk hutan. Kalau kami naik teksi balik al-manar, mesti pak cik teksi tu bebel memanjang lantas menaikkan harga tambang. Kalau secara kasarnya, Al-Manar terletak kat Malaysia, kat negeri kelantan dan di kawasan selising. Jalan nak masuk Al-Manar penuh berliku dan berhabuk. So, sape2 yang teringin nak ziarah tu mestilah mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi!

Ini ialah salah satu pemandangan indah semasa menyusuri jalan2 menuju Al-manar. Subhanallah. Okay, cara2 nak pergi Al-Manar ada 3 (setakat yang ana tahu).

1) Melalui sekolah Chung Hwa.
Ana rasa jalan ni la yang paling buruk. Jalan tanah, berbatu2, berhabuk, berlubang2, time malam gelap gelita tak berlampu, dll. Ana sarankan antum tak payah melalui jalan ini. Tetapi! Kalau antum nak merasai keenakan roller coaster lantas menggelikan belly antum, sila ikuti jalan ini. Budak2 mesti suka. Jalan ini juga dihiasi dengan pemandangan sawah yang amat menenangkan. Ditambahkan lagi dengan kehadiran kuda, lembu, burung raja, ular, biawak, dll., pasti menggamit mata antum.

2) Melalui jalan Selising.
Jalan ni pula yang paling cantik. Jalannya ber'tar' elok, dihiasi pula dengan kehadiran pokok2 getah di kiri dan kanan. Biasanya parents akan lalu jalan ni untuk mengelakkan kerosakan pada kereta mereka.

3) Melalui SK Danan.
Senang je nak cam jalan ni dari Melor or Pasir Puteh. Kalau antum nampak dacing bn besar kaler putih, haa.. tu la jalan masuknye. Ana sekarang tengah bercite2 nak jatuhkan dacing tu. Tengok la kalau ade mase, ana bawa back hoe a.k.a jentolak. Mariyah, sponsor back hoe satu!

Walaupun jalan ni agak sempit dan berbelok2, ia masih dikategorikan sebagai jalan cantik kerana ia tidak berlubang, berhabuk dan berbatu2 kecil. Sebelum menemui Al-Manar, antum akan berjumpa dengan tanah perkuburan dahulu. Tak silap ana, tempat tu digunakan untuk mendenda pelajar2 yang membuat kesalahan.

Gambar ini disnap time gotong-royong. Sebab tu besi penutup longkang tersadai macam tu. For your information, this is Wisma Sanaabil. Atas asrama, bawah akademi jahitan, yang kat sayap kanan tu library.

Selepas antum memilih mana2 satu daripada jalan ini, teruskan memandu sehingga jumpa bangunan yang besar lagi cantik or signboard Al-Manar. Kalau dh jumpe, itulah Al-Manar. Kalau x jumpe, teruskan memandu dengan penuh kesabaran. Hehe...

Peringatan: Jika antum terjumpa binatang berbahaya seperti ular, khinzir hutan, dll., teruskan memandu sambil berdoa memohon perlindungan kepada ALLAH S.W.T.

Semoga ALLAH S.W.T. melindungi kita daripada sebarang malapetaka!

Ahlan Wa Sahlan!

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..

Wassalam..

Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin




No comments: