Pages

25 April 2009

merindui janjiMU Ilah...


bismillah~semoga post ini membuka hati2 insan yang sentiasa dahagakan peringatan
alhamdulillah Dia beri kelapangan nak post lagi..kuang2 (rasenye diri la yang paling banyak post-xtau malu tol~) tapi hati ni meronta2 nak share dgn sahabat2 fillah sekalian..dan insya Allah ni post terakhir diri (so, jangan risau eh!) sebab my foundation start may ni..so, maybe xde masa lagi nak post^huh!-and mungkin hanya sekadar jenguk2 intai2 blog nak tgk org nye post...ngee~

setelah almost 4 months kite free ( bagi pelajar2 matang lepasan SPM 2008 sahaja) dari segala kekangan study dan menuntut ilmu akademik Ilah, mungkin adelah yang busy..tp busy dgn prog2 tarbawi or anything else~huhu...duduk kat rumahku syurgaku ( bagi yang x amek STAM n yang x bekerja ) bila tibe saat Dia bukakan hati pinjamanNya ni..mulalah syahdu dan sebak...sesal dan kesal...sedih dan pedih...bagi insan2 lemah macam diri ni~lemah bile tak diperingat selalu..lemah bile keseorangan..lemah bile tak de bi'ah solehah..wua3!!!

tatkala Dia menatapkan mata diri ni pada suatu hadith As-Syarif s.a.w :
sesungguhnya Allah telah berfirman : " Sesiapa yang bermusuhan dengan waliKu maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang dengannya. Dan tidaklah hambaKu berusaha untuk merapatkan dirinya kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku kasihi daripada yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu merapatkan dirinya kepadaKu dengan amal-amal sunat sehingga Aku mengasihinya.....^bukhari

ntahlah..bagi diri, hadith ni benar2 menyentak hati...kenapalah malas benar diri..kenapalah masih x istiqamah lagi beramal sunat..diri, diri...apakah telah hitam hati pinjamaNya ni untuk ringankan kehendak hati menambah amal sendiri? telah keraskah hati ini?...untuk terus menambah amal?..untuk terus berakhlak mulia?..untuk terus ikhlas di setiap ketika?..

kadangkala diri putus asa..dan sering saja menyalahkan Dia..Ya Allah!! berdosanya diri!!!
manakah tawakkal yang pernah diri didik? manakah ikhlas sebagai hamba yang pernah diri semai? Allah..!!! gagahkan diri untuk terus thabat di jalanMu ini..!!! pimpinlah diri dalam rahmatMu Ya Allah!!

namun Dia masih lagi memandu diri daripada kesesakan dada dan pergolakan jiwa..alhamdulillah!
merayap lagi sang mata sampai ke satu perhentian...tap!

berkata Ibnu Mas'ud ( as ur information-ni nama kelas diri time f5 di SMI Hira'):
jika penyakit gelisah dan kekusutan fikiran menyerangmu, maka bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat. tempat org membaca Al-Quran-engkau membacanya atau engkau mendengar orang lain membacanya. Kedua, ke majlis2 ilmu yang mengingatkan hati pada PenciptaMu. Ketiga, engkau carilah tempat atau waktu yang sunyi, disana kau berkhalwatlah, umpamanya di tengah malam, meminta dan memohonlah kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, dan kemurniaan hati. Seandainya jiwamu masih belum juga terubat dengan cara2 ini, engkau mintalah kepada Allah agar diberiNya hati yang lain kerana hati yang ada padamu bukannya hatimu!

Ya Allah, diri memohon hadirnya cintaMu buat ku..
hadirkanlah jua cinta hamba-hambaMu yang menyintaiMu terhadapku..semaikanlah rasa cinta diri pada amal-amal yang memanduku kearah cintaMu~
ameen~
taqiah borhan