Pages

02 May 2009




Kata orang2 Melayu dahulu kala,"Lidah itu tidak bertulang."

Mengapa?

Ni lidah kucing

Lidah amat susah untuk dikawal dan kata2 yang keluar darinya jangan mudah dipegang.

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Bila timbul kesalahan tentang lidah, masyarakat sering mengaitkannya dengan perempuan.
"Asyik2 perempuan!" Rungut muslimah zaman ini. Hal ini menyebabkan seorang lelaki perlu bertindak secara bijaksana apabila menyentuh perkara2 yang sering dikaitkan dengan perempuan seperti kerosakan lidah, kelemahan akal dan ceteknya pengetahuan tentang agama.

Lidah naga.

Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan perempuan pada zaman salafussoleh. Apabila mereka dikaitkan dengan kesalahan2 seperti ini, mereka terus tersentak lantas bertaubat kepada ALLAH S.W.T.

Abdullah Ibnu Umar R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Kemudian aku lihat neraka, dan tidak sebelum ini aku melihat sesuatu yang sangat menggerunkan. Dan aku nampak kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Bertanya para sahabat: "Wahai Rasulullah, apakah sebabnya?" Nabi S.A.W. menjawab: "Kerana mereka kufur." Ditanya lagi: "Adakah kerana mereka kufur kepada ALLAH?" Baginda menjawab: "Mereka kufur (yakni tidak berterima kasih) kepada suami mereka dan mereka kufur (yakni tidak bersyukur) ke atas kebaikan yang telah diberi kepada mereka (oleh suami). Sekalipun dibuat baik sepanjang hayat, apabila dia (isteri) melihat sesuatu (keburukan) pada kamu, dia akan berkata: "Saya tidak pernah melihat sebarang kebaikan pada kamu." (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Nabi S.A.W. menganjurkan umat Islam agar menjaga lidah supaya dapat memasuki syurga dan menyelamatkan diri daripada api neraka. Oleh itu, bermujahadahlah menahan lidah daripada berkata perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kepada diri khususnya dan keseluruhan manusia amnya.

Setiap masalah ada jalan keluarnya. Jalan keluar bagi masalah lidah ialah:

1) Bertaubat
2) Memohon maaf
3) Banyak beristighfar
4) Berbuat kebaikan
5) Bersedekah

Abdullah Ibnu Umar R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu semua dan hendaklah memperbanyakkan beristighfar kerana aku melihat kalian sebagai penghuni neraka yang terbanyak." Bertanya kaum wanita: "Kenapa kami yang terbanyak dalam neraka wahai Rasulullah?" Nabi S.A.W. menjawab: "Kerana kamu semua banyak mengutuk dan mengingkari budi baik suami." (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Untuk mengelakkan diri daripada kerosakan lidah, kita digalakkan untuk bersedekah dan menyibukkan diri dengan taubat.

~Lidah memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Dengan kata2, kita boleh menanamkan kasih sayang atau menerbitkan kemarahan kepada yang mendengar. Ia juga mampu mempengaruhi suasana tenang bertukar menjadi tegang atau sebaliknya dan mempengaruhi 'mood' berbaik-baik, berdamai dan muafakat kepada permusuhan dan pecah-belah.

Oleh itu, bahasi lidah kita dengan zikir, doa, istighfar, nasihat atau diam sahaja. Ukirkan senyuman, maniskan raut wajah, dan hiasi lidah dengan perkara2 yang menginsafkan. Jauhi daripada melakukan perkara2 terkutuk seperti mengeji, memfitnah, mengutuk, mengumpat, dll.

Mudah-mudahan terbuka pintu syurga dan tutuplah pintu neraka.

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..

Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin.

1 comment:

Anonymous said...

itu betul ke lidah kucing!!??
hehe.