Pages

12 August 2009

M.U.F.L.I.S! ~Wal Iyazu Billah~


Suatu hari dalam sebuah majlis, Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kalian siapakah yang dinamakan orang yang muflis itu?". Para sahabat menjawab, "Orang yang muflis itu menurut pandangan kami adalah orang yang kehilangan harta dan seluruh hak miliknya". "Bukan", jawab Rasulullah S.A.W.. "Orang yang muflis itu adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasanya, pahala zakat dan hajinya. Namun ketika pahala-pahala itu ditimbang datanglah orang mengadu, "YA ALLAH, dahulu orang ini pernah mendakwa aku berbuat sesuatu padahal aku tidak pernah melakukannya". Kemudian YA ALLAH menyuruh orang yang pernah mendakwa secara palsu itu untuk membayar orang yang didakwa dengan sebahagian pahalanya. Kemudian datang lagi orang lain yang mengadu, "YA ALLAH, hakku pernah diambil orang ini dengan cara yang batil". ALLAH S.W.T. lalu menyuruh orang itu untuk membayar dengan pahala amal solehnya kepada orang yang mengadu itu sehingga akhirnya seluruh pahala solat, puasa, zakat dan hajinya itu habis untuk mebayar mereka yang pernah dirampas haknya, dizaliminya, dituduhnya dengan alasan palsu. Ketika semua pahala ibadahnya telah habis, masih datang lagi mereka yang mengadu meminta tanggungjawab orang itu di hadapan ALLAH S.W.T.. Maka ALLAH S.W.T. memutuskan agar kejahatan mereka yang mengadu itu dipindahkan kepada orang tersebut. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Itulah orang yang muflis di hari kiamat nanti. Iaitu orang yang rajin beribadah tetapi dia tidak memiliki akhlak yang baik, iaitu merampas hak orang lain dan menyakiti hati mereka".

YA ALLAH, janganlah KAU jadikan kami dalam kalangan orang yang muflis di hari kiamat!

Hayyakunnallah,
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam,
Wassalam..

1 comment:

Anonymous said...

nauzubillah~takut bile dengar hadith ni..kne slalu ingat mengingati!