Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sekarang musim swine flu. Katanya kafir laknatullah yang mencipta virus tu. Jadi, berusahalah memeranginya! (Sila pakai mask wahai nusaibah!) Mengikut bacaan ana, wudhu' yang berterusan dah mampu untuk menghalang virus ni daripada merebak. Cara Islam juga yang bagus.
Maka, hari-hari cuti ni, mungkin ramai yang lebih malas daripada biasa. Tapi, awas! Jangan kemalasan antunna tu memakan diri. Lebih-lebih lagi dalam bab solat. Dengar tu ecoh! (Haha..Gurau2)
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewat solat. Solat ni lain daripada puasa. Kalau puasa, amalan kita direct terus kepada ALLAH S.W.T., tapi kalau solat, ada posmen yang hantar.
Bukan posmen pos laju, tapi malaikat!
Setiap manusia ada malaikat. Kita buat contoh la.. Nama apa yang tiada kat banat ek? Emm.. Emm.. Anhar. Anhar ni pun ada malaikat. Malaikat yang nak menyampaikan amalan solat Anhar kepada ALLAH S.W.T. kena pas banyak tol! Tol2 ni malaikat juga yang jaga. Kalau Anhar solat awal, tolnya free. Tak payah beratur. Takde jem. Jadi, senanglah malaikat ni nak menyampaikan amalan solat Anhar kepada ALLAH S.W.T..
Tapi, kalau Anhar solat lambat... Tolnya free juga tapi MasyaALLAH, road block dia! Mana boleh samakan sekatan malaikat dengan sekatan polis black maria tu!
MARAH!
Langit pertama, malaikat penjaga tol akan marah posmen a.k.a malaikat Anhar. Merayu-rayu malaikat Anhar supaya diberi laluan. Tetapi, malaikat penjaga tol tu heran ke?? DiCAMPAKnya amalan solat Anhar tu ke bumi. Berderai-derai amalan solat Anhar. Malaikat Anhar pun kutip satu2, dibawanya ke langit yang kedua pula.
BEBEL!
Sama macam langit pertama, malaikat Anhar kena bebel sebab lewat hantar amalan. Malaikat Anhar merayu lagi.. Tapi.. Apa peduli?! CAMPAK!! Malaikat penjaga tol kedua pun campak je amalan solat Anhar. Berderaiii lagi.. Malaikat Anhar pun kutip lagi satu per satu sampai ke langit yang ketiga.
Sama juga macam tadi! Maka, kesudahannya.. Tak sampailah amalan solat Anhar kepada ALLAH S.W.T.. Sama je kalau Anhar tak solat.
Equation: Anhar solat lambat = Anhar tak solat langsung
Takde faedahnya solat lambat.. Tak sampai pun amalan tu. Amalan pertama yang akan dihisab selepas manusia dibangkitkan ialah solat. Mana amalan solat Anhar?!
Mana?!
YA ALLAH, ampunkanlah kami kerana kelalaian kami! Jauhkanlah kami daripada menjadi orang yang rugi dan sesat! Peliharalah kami sehingga ke syurgaMU YA ALLAH!
Jadikanlah kami bidadari syurgaMU!
Semoga ALLAH S.W.T. memelihara kita sehingga ke akhirnya..
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Yang menyayangi semua,
Kak Nusaibah.
No comments:
Post a Comment