29 April 2009
Meratapi Kesalahan Yang Tiada Penghujungnya...
''Mengapa engkau menangis Ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu maupun akan datang?''.
Nabi s.w. pun bersabda:
''celakalah engkau, Bilal, bagaimana aku tidak menangis sedangkan malam ini telah diturunkan satu ayat yg barang siapa yg membacanya tetapi tidak meresapinya, maka celakalah ia!''
kemudian beliau membaca firman Allah s.w.t :
orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.'' kemudian Baginda s.a.w bersabda, ''celakalah siapa yg membacanya, tetapi tidak memikirkannya''
========================================================
secebis kisah tentang Rasulullah sahaja sudah mampu membuatkan kita terkesima dan sebak meratapi lautan kesalahan2 yang telah kita lakukan saban hari. betapa hinanya manusia ini. sudahlah hanya HAMBA kepada Yang Maha Pencipta, tetapi sering saja berlagak sombong depan ALlah s.w.t. seringkali mengutamakan dunia dari akhirat. mengutamakan kesenangan diri sendiri daripada keredhaan Yang Maha Kuasa.
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, ampunkan dosa2 kami..
Selawat dan salam untuk baginda rasul s.a.w.
semoga Allah melindungi kita semua dari maksiat duniawi dan kelalaian daripada mengingati-Nya. Allahumma Sabbit Quluubana a'la DiiniiK.....
-Atiqah Asmadi-
25 April 2009
merindui janjiMU Ilah...
ntahlah..bagi diri, hadith ni benar2 menyentak hati...kenapalah malas benar diri..kenapalah masih x istiqamah lagi beramal sunat..diri, diri...apakah telah hitam hati pinjamaNya ni untuk ringankan kehendak hati menambah amal sendiri? telah keraskah hati ini?...untuk terus menambah amal?..untuk terus berakhlak mulia?..untuk terus ikhlas di setiap ketika?..
24 April 2009
BEAUTY OF MATHEMATICS
this is my first post in this blog
rase macam yibuk pulak
tapi ni blog banat almanar bersama kan
so suka hati la nak tulis apa (huh, teruk betul!)
thanks to taqiah kerana telah menjemput ana ke blog ni.
and thanks kepada semua orang yang telah menjayakan blog ni.
oklah. tanak tulis banyak2.
ni bukan blog ana 100%.
kita cuba tengok soalan math di bawah.
walaupun spm dah habis, tapi ingatlah bahawa math elok untuk otak.
(tak2. al-quran lagi elok untuk otak)
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn’t it?
And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321
Now, take a look at this…
“101%”
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here’s a little mathematical formula that might help answer these
questions:
If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If: H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
And: K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But: A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
P/S - My name a-t-h-i-r-a-h
1+20+8+9+18+1+8=65%
i got gred C
huhuhuhu
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
3 roads?
Secara tak rasminya, sape rase macam nak kenal al-manar ni, meh la ana tolong perkenalkan. Okay, Al-manar ni letaknya dalam pelusuk hutan. Kalau kami naik teksi balik al-manar, mesti pak cik teksi tu bebel memanjang lantas menaikkan harga tambang. Kalau secara kasarnya, Al-Manar terletak kat Malaysia, kat negeri kelantan dan di kawasan selising. Jalan nak masuk Al-Manar penuh berliku dan berhabuk. So, sape2 yang teringin nak ziarah tu mestilah mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi!
Ini ialah salah satu pemandangan indah semasa menyusuri jalan2 menuju Al-manar. Subhanallah. Okay, cara2 nak pergi Al-Manar ada 3 (setakat yang ana tahu).
1) Melalui sekolah Chung Hwa.
Ana rasa jalan ni la yang paling buruk. Jalan tanah, berbatu2, berhabuk, berlubang2, time malam gelap gelita tak berlampu, dll. Ana sarankan antum tak payah melalui jalan ini. Tetapi! Kalau antum nak merasai keenakan roller coaster lantas menggelikan belly antum, sila ikuti jalan ini. Budak2 mesti suka. Jalan ini juga dihiasi dengan pemandangan sawah yang amat menenangkan. Ditambahkan lagi dengan kehadiran kuda, lembu, burung raja, ular, biawak, dll., pasti menggamit mata antum.
2) Melalui jalan Selising.
Jalan ni pula yang paling cantik. Jalannya ber'tar' elok, dihiasi pula dengan kehadiran pokok2 getah di kiri dan kanan. Biasanya parents akan lalu jalan ni untuk mengelakkan kerosakan pada kereta mereka.
3) Melalui SK Danan.
Senang je nak cam jalan ni dari Melor or Pasir Puteh. Kalau antum nampak dacing bn besar kaler putih, haa.. tu la jalan masuknye. Ana sekarang tengah bercite2 nak jatuhkan dacing tu. Tengok la kalau ade mase, ana bawa back hoe a.k.a jentolak. Mariyah, sponsor back hoe satu!
Walaupun jalan ni agak sempit dan berbelok2, ia masih dikategorikan sebagai jalan cantik kerana ia tidak berlubang, berhabuk dan berbatu2 kecil. Sebelum menemui Al-Manar, antum akan berjumpa dengan tanah perkuburan dahulu. Tak silap ana, tempat tu digunakan untuk mendenda pelajar2 yang membuat kesalahan.
Gambar ini disnap time gotong-royong. Sebab tu besi penutup longkang tersadai macam tu. For your information, this is Wisma Sanaabil. Atas asrama, bawah akademi jahitan, yang kat sayap kanan tu library.
Selepas antum memilih mana2 satu daripada jalan ini, teruskan memandu sehingga jumpa bangunan yang besar lagi cantik or signboard Al-Manar. Kalau dh jumpe, itulah Al-Manar. Kalau x jumpe, teruskan memandu dengan penuh kesabaran. Hehe...
Peringatan: Jika antum terjumpa binatang berbahaya seperti ular, khinzir hutan, dll., teruskan memandu sambil berdoa memohon perlindungan kepada ALLAH S.W.T.
Semoga ALLAH S.W.T. melindungi kita daripada sebarang malapetaka!
Ahlan Wa Sahlan!
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin
22 April 2009
kesedihan mencabar keikhlasan
lirik lagu>>hayatilah~
Jalan Kita Melencong Dan Lurus
Namun Matlamat Kita Tetap Sama
Jadilah Insan Yang Tulus
Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi
Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…
Mereka Semua Tak Peduli
Apa Yang Telah Aku Lalui
Ada Yang Hanya Tahu Mengeji
Syukur Masih Ada Yang Mengingati
Kawan, Lihat Diriku Ini
Kita Hanya Beza Rupa Hakikatnya Sama
Tak Hindar Salah PadaNya
Bukankah Kita Telah Berjanji Pada Dia
Untuk Saling Menyanyangi
Kasihnya Bawa Kita Ke Sana…
Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…
…Untuk Kita Renung Kembali
Bila Tiba Masanya Nanti
Apakah Kau Masih Mendengar Lagu Ku Ini?
Ingatlah Kita Suatu Hari Nanti
Semua Pasti Pergi Tiada Terkecuali
Pergi Ke Sana Menemui Guru Sejati
Dia Yang Bersemayam Di Arasy Yang Abadi
Waktu Itu Lagu ini Tiada Erti Lagi
Dan Pastinya Tiada Yang Mendengari
Asalkan Siapa Yang Ada Sekarang
Bisa Menilai Yang Boleh Dan Yang Terlarang
Janji Dari Ilah mu Pasti Hadir
Dunia Ini Pasti Berakhir
Ingatlah Wahai Semua Musafir
Hari Yang Akhir… Hari Yang Akhir...
Kian Menghampir…
semanisQurma
manelah sahabat2 almanar yang lain ek..??? xpe2 skrg ni nak kene promote syahid2 melalui khidmat pesanan ringkas yang sedia berkhidmat
..pape pon nak minta maafla kat cik Umay n miss Atiqah, sbb td godeh2, tibe hilang sume..(kononnya nak buet2 berbakti la, tapi.. ...)_disitulah Dia nak uji ketekunan n KEIKHLASAN kite, huahua<<
alhamdulillah seinfinitinya di rafa'kan pada Dia kerana memberi izinNya n peluang utk kite buat blog ni(tapi masih banyak kekurangan yang perlu kite perbaiki..)
dan semoga dengan adanya blog ni, semakin bertambahlah mawaddah(kpd mawaddah~sila kaji penggunan kalimah2 di sini bebaik!) sesama kita n smuga ia menjadi jariah hingga bertemu dgnNya..bukan duniawi semata( YA ALLAH, biarlah dunia ini Kau tempatkan di tangan2 kami, dan JANGANLAH Kau sematkan di hati2 kami...)
erm biarlah ana terangkan sedikit sebanyak objektif blog ini dilahirkan..
1-mardhatillah (darjat iman itu ada kaitannya dengan ukhuwwah)
2-alukhuwwah
3-dakwah dan tarbiyyah (kalu ade sesape yang post pasal tazkirah2, bule jugela kite letakkan objektifnya tazkiyyatunNafs)
kemudian,
contoh2 post yang bisa di postkan..(bukanla peraturan blog, tapi mane tau bley jd pencetus idea anda!)
1-bahan2 dakwah n tarbiyyah
2-info2 terkini (dunia ISLAM-palestine, fatwa2 terbaru..dll)
3-info2 baru ttg almanar
4-kisah2 (kenangan manis pahit di almanar, kisah teladan-25 rasul..ngee...pape jela~jgn lpe selitkan ttg fawaid2nye skali..biarlah yang memuhasabah hati)
5-cerita2 gempaq ( nak bitau gi belaja kat memane-overeas or local universities, sesapa nak KAWEN ke-jimat kos kad jemputan)
6-dan lain2 yang nafi'lil ghair.(btul ke Umay??)
that's all for this moment...jazakumullahu khayr~segala yang hina dari diri yang hina ni, segala yang Sempurna dari Dia yang SUPER SEMPURNA!
(masih menanti kedatangan sahabat2 almanar yang lain)
taqiah borhan
07 April 2009
thE sWe3tnEs Of UkhuWwah FilLah..
Allah Yang Maha Bijaksana berfirman,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah antara kedua saudaramu…” (QS. Al Hujurat: 10)
Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al Fauzan hafizhahullah mengatakan, “Maka orang-orang mukmin adalah bersaudara dalam agama dan akidah. Meskipun garis keturunan, negeri-negeri, dan masa hidup mereka saling berjauhan…” (Al Irsyad ila Sahih Al I’tiqad, hal. 349). Syaikh Abdullah bin Fauzan Al Fauzan hafizhahullah mengatakan, “Maka saudaramu seakidah itulah saudaramu yang sejati. Dan musuhmu yang sebenarnya adalah musuhmu dalam hal akidah…” (Hushulul Ma’mul, hal. 37).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
{ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا }
AmiTie ToujOurs Itu FrienDshiP ForeVer!
bismillahirrahman irahhim.....
disebabkan tiada siapa yang nak mulakan post dekat blog ni, jadi ana start la dulu. harap kita semua boleh sama2 memeriahkan lagi blog ni. ini adalah satu2 usaha untuk menjalinkan lagi ukhuwah yang telah ada. supaya kita sentiasa bersatu!
~ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ~ eh termenyanyi lak.
jadi, untuk menyumbangkan post di blog ini,
sila beri email dan nama antunna supaya ana dapat masukkan dalam AUTHORS. so antunna pun ada authority untuk mengpost di blog ni.
cara yang lain ialah dengan mengsms ana dan berikan nama antunna. kalau sah antunna pelajar maahad Almanar, nanti ana bagitahu password.
(ambil perhatian : untuk setiap post yang antunna hantar, sila letak nama antunna di akhir post.)
sekian.
semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.
-Atiqah Asmadi-