Pages

29 June 2009

satu jiwa sejuta rasa

bismillah..Dengan namaMu ya Allah, aku rafa'kan kesyukuran atas fursah yang Engkau pinjamkan buatku meluahkan segala rasa yang jua Kau pinjamkan kepadaku selama lebih kurang 2 bulan diri menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi di sebuah universiti-UPM,serdang

terlalu banyak yang ku pelajari..mendidik segala rasa hati~saat ini aku yakini,melihat dengan akal dan mata hati itu yang lebih tulus..mengajar ku erti mencari cinta Teragung dalam gagauan jiwa yang bergelar GHURABAA'

"Islam itu datang sebagai pedagang(asing), dan akan kembali sebagai pedagang(asing). maka beruntunglah orang2 yang asing-GHURABAA"

biarlah gambar2 menafsirkan sejuta rasa hati..
minggu pertama berhadapan dengan peperiksaan

Hamizah dalam kenangan..
meninggalkan kami di medicmesir>>JPA's student!
Dr. Aris~Dr kesayangan kami...
dalam DKU(dewan kuliyyah utama)
inilah rutin harian kami bermula 8.30 pagi-4.00 petang

dalam ADH a.k.a bilik mayat..hehe~
bersama Dr. Aris-Dr anatomy kami...

solat berjemaah...
asas utuhnya ukhuwwah, bermula dari sini!!!
yakinlah dengan aturanNya~
program bersama di sunway~
Ya Allah, bukakanlah hati2 kami dan sahabat2 kami untuk sentiasa memilih pakaian yang terbaik buat jasad2 pinjamanMu ini..pertemukan kami dengan sakinahMu pada pakaian2 ini..kerna disebalik sakinahMu..tertulis redhaMu buat kami..
"dan pakaian TAQWA itulah yang terbaik.."
malam BBQ..
segala2nya asing bagiku..namun di sini ku sedar, masih terlalu panjang perjalananku di atas jalan seruan ini...Allah! tetapkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu dan tetapkan hati2 kami di atas jalan DAKWAH-MU
hari terakhir bersama Dr Azam
one of our BEST lecturer~
inilah Pak Ngah@ Pok Ngoh
warden kami...
bersama ummi Haniza
Ya Ilahi...
jadikan pertemuan kami pertemuan yang penuh rahmah dan jadikanlah perpisahan kami ini pierpisahan yang maksum..ameen!

>>rasa sungguh beruntung (alhamdulillah..!!) kerana dipilihNya untuk mengharungi setiap detik2 yang mendidik jiwa dan rohani ini...pengalaman mengajar kita..menyedarkan kita..menguatkan kita..memandu kita ke arah yang lebih baik dalam pelayaran mencari cintaNya..dalam perjalanan dakwahNya..insya Allah

p/s: x lupe jg pada ukht nusaibah..hehe thanks for 'malam keramat' tu...

02 May 2009




Kata orang2 Melayu dahulu kala,"Lidah itu tidak bertulang."

Mengapa?

Ni lidah kucing

Lidah amat susah untuk dikawal dan kata2 yang keluar darinya jangan mudah dipegang.

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Bila timbul kesalahan tentang lidah, masyarakat sering mengaitkannya dengan perempuan.
"Asyik2 perempuan!" Rungut muslimah zaman ini. Hal ini menyebabkan seorang lelaki perlu bertindak secara bijaksana apabila menyentuh perkara2 yang sering dikaitkan dengan perempuan seperti kerosakan lidah, kelemahan akal dan ceteknya pengetahuan tentang agama.

Lidah naga.

Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan perempuan pada zaman salafussoleh. Apabila mereka dikaitkan dengan kesalahan2 seperti ini, mereka terus tersentak lantas bertaubat kepada ALLAH S.W.T.

Abdullah Ibnu Umar R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Kemudian aku lihat neraka, dan tidak sebelum ini aku melihat sesuatu yang sangat menggerunkan. Dan aku nampak kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Bertanya para sahabat: "Wahai Rasulullah, apakah sebabnya?" Nabi S.A.W. menjawab: "Kerana mereka kufur." Ditanya lagi: "Adakah kerana mereka kufur kepada ALLAH?" Baginda menjawab: "Mereka kufur (yakni tidak berterima kasih) kepada suami mereka dan mereka kufur (yakni tidak bersyukur) ke atas kebaikan yang telah diberi kepada mereka (oleh suami). Sekalipun dibuat baik sepanjang hayat, apabila dia (isteri) melihat sesuatu (keburukan) pada kamu, dia akan berkata: "Saya tidak pernah melihat sebarang kebaikan pada kamu." (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Nabi S.A.W. menganjurkan umat Islam agar menjaga lidah supaya dapat memasuki syurga dan menyelamatkan diri daripada api neraka. Oleh itu, bermujahadahlah menahan lidah daripada berkata perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kepada diri khususnya dan keseluruhan manusia amnya.

Setiap masalah ada jalan keluarnya. Jalan keluar bagi masalah lidah ialah:

1) Bertaubat
2) Memohon maaf
3) Banyak beristighfar
4) Berbuat kebaikan
5) Bersedekah

Abdullah Ibnu Umar R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu semua dan hendaklah memperbanyakkan beristighfar kerana aku melihat kalian sebagai penghuni neraka yang terbanyak." Bertanya kaum wanita: "Kenapa kami yang terbanyak dalam neraka wahai Rasulullah?" Nabi S.A.W. menjawab: "Kerana kamu semua banyak mengutuk dan mengingkari budi baik suami." (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Untuk mengelakkan diri daripada kerosakan lidah, kita digalakkan untuk bersedekah dan menyibukkan diri dengan taubat.

~Lidah memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Dengan kata2, kita boleh menanamkan kasih sayang atau menerbitkan kemarahan kepada yang mendengar. Ia juga mampu mempengaruhi suasana tenang bertukar menjadi tegang atau sebaliknya dan mempengaruhi 'mood' berbaik-baik, berdamai dan muafakat kepada permusuhan dan pecah-belah.

Oleh itu, bahasi lidah kita dengan zikir, doa, istighfar, nasihat atau diam sahaja. Ukirkan senyuman, maniskan raut wajah, dan hiasi lidah dengan perkara2 yang menginsafkan. Jauhi daripada melakukan perkara2 terkutuk seperti mengeji, memfitnah, mengutuk, mengumpat, dll.

Mudah-mudahan terbuka pintu syurga dan tutuplah pintu neraka.

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..

Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin.

29 April 2009

Meratapi Kesalahan Yang Tiada Penghujungnya...

Aisyah bercerita bahawa pada satu malam Nabi s.aw datang selepas solat isya'. beliau tidur sebentar kemudian bangun dari tidurnya dan berwudhu'. selanjutnya, beliau mulai solat lalu menangis. beliau terus saja solat sambil menangis, sehingga air mata beliau bercucuran membasahi tikar. beliau masih solat,menangis dan bercucuran air mata, sampai Bilal bertanya,

''Mengapa engkau menangis Ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu maupun akan datang?''.


Nabi s.w. pun bersabda:

''celakalah engkau, Bilal, bagaimana aku tidak menangis sedangkan malam ini telah diturunkan satu ayat yg barang siapa yg membacanya tetapi tidak meresapinya, maka celakalah ia!''

kemudian beliau membaca firman Allah s.w.t :

orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.'' kemudian Baginda s.a.w bersabda, ''celakalah siapa yg membacanya, tetapi tidak memikirkannya''

========================================================

secebis kisah tentang Rasulullah sahaja sudah mampu membuatkan kita terkesima dan sebak meratapi lautan kesalahan2 yang telah kita lakukan saban hari. betapa hinanya manusia ini. sudahlah hanya HAMBA kepada Yang Maha Pencipta, tetapi sering saja berlagak sombong depan ALlah s.w.t. seringkali mengutamakan dunia dari akhirat. mengutamakan kesenangan diri sendiri daripada keredhaan Yang Maha Kuasa.

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, ampunkan dosa2 kami..

Selawat dan salam untuk baginda rasul s.a.w.

semoga Allah melindungi kita semua dari maksiat duniawi dan kelalaian daripada mengingati-Nya. Allahumma Sabbit Quluubana a'la DiiniiK.....

-Atiqah Asmadi-

25 April 2009

merindui janjiMU Ilah...


bismillah~semoga post ini membuka hati2 insan yang sentiasa dahagakan peringatan
alhamdulillah Dia beri kelapangan nak post lagi..kuang2 (rasenye diri la yang paling banyak post-xtau malu tol~) tapi hati ni meronta2 nak share dgn sahabat2 fillah sekalian..dan insya Allah ni post terakhir diri (so, jangan risau eh!) sebab my foundation start may ni..so, maybe xde masa lagi nak post^huh!-and mungkin hanya sekadar jenguk2 intai2 blog nak tgk org nye post...ngee~

setelah almost 4 months kite free ( bagi pelajar2 matang lepasan SPM 2008 sahaja) dari segala kekangan study dan menuntut ilmu akademik Ilah, mungkin adelah yang busy..tp busy dgn prog2 tarbawi or anything else~huhu...duduk kat rumahku syurgaku ( bagi yang x amek STAM n yang x bekerja ) bila tibe saat Dia bukakan hati pinjamanNya ni..mulalah syahdu dan sebak...sesal dan kesal...sedih dan pedih...bagi insan2 lemah macam diri ni~lemah bile tak diperingat selalu..lemah bile keseorangan..lemah bile tak de bi'ah solehah..wua3!!!

tatkala Dia menatapkan mata diri ni pada suatu hadith As-Syarif s.a.w :
sesungguhnya Allah telah berfirman : " Sesiapa yang bermusuhan dengan waliKu maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang dengannya. Dan tidaklah hambaKu berusaha untuk merapatkan dirinya kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku kasihi daripada yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu merapatkan dirinya kepadaKu dengan amal-amal sunat sehingga Aku mengasihinya.....^bukhari

ntahlah..bagi diri, hadith ni benar2 menyentak hati...kenapalah malas benar diri..kenapalah masih x istiqamah lagi beramal sunat..diri, diri...apakah telah hitam hati pinjamaNya ni untuk ringankan kehendak hati menambah amal sendiri? telah keraskah hati ini?...untuk terus menambah amal?..untuk terus berakhlak mulia?..untuk terus ikhlas di setiap ketika?..

kadangkala diri putus asa..dan sering saja menyalahkan Dia..Ya Allah!! berdosanya diri!!!
manakah tawakkal yang pernah diri didik? manakah ikhlas sebagai hamba yang pernah diri semai? Allah..!!! gagahkan diri untuk terus thabat di jalanMu ini..!!! pimpinlah diri dalam rahmatMu Ya Allah!!

namun Dia masih lagi memandu diri daripada kesesakan dada dan pergolakan jiwa..alhamdulillah!
merayap lagi sang mata sampai ke satu perhentian...tap!

berkata Ibnu Mas'ud ( as ur information-ni nama kelas diri time f5 di SMI Hira'):
jika penyakit gelisah dan kekusutan fikiran menyerangmu, maka bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat. tempat org membaca Al-Quran-engkau membacanya atau engkau mendengar orang lain membacanya. Kedua, ke majlis2 ilmu yang mengingatkan hati pada PenciptaMu. Ketiga, engkau carilah tempat atau waktu yang sunyi, disana kau berkhalwatlah, umpamanya di tengah malam, meminta dan memohonlah kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, dan kemurniaan hati. Seandainya jiwamu masih belum juga terubat dengan cara2 ini, engkau mintalah kepada Allah agar diberiNya hati yang lain kerana hati yang ada padamu bukannya hatimu!

Ya Allah, diri memohon hadirnya cintaMu buat ku..
hadirkanlah jua cinta hamba-hambaMu yang menyintaiMu terhadapku..semaikanlah rasa cinta diri pada amal-amal yang memanduku kearah cintaMu~
ameen~
taqiah borhan

24 April 2009

BEAUTY OF MATHEMATICS

hahahaha
this is my first post in this blog
rase macam yibuk pulak
tapi ni blog banat almanar bersama kan
so suka hati la nak tulis apa (huh, teruk betul!)

thanks to taqiah kerana telah menjemput ana ke blog ni.
and thanks kepada semua orang yang telah menjayakan blog ni.

oklah. tanak tulis banyak2.
ni bukan blog ana 100%.
kita cuba tengok soalan math di bawah.

walaupun spm dah habis, tapi ingatlah bahawa math elok untuk otak.
(tak2. al-quran lagi elok untuk otak)

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn’t it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

Now, take a look at this…

“101%”

From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here’s a little mathematical formula that might help answer these
questions:

If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If: H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And: K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But: A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It’s the Love of God that will put you over the top!

P/S - My name a-t-h-i-r-a-h
1+20+8+9+18+1+8=65%
i got gred C
huhuhuhu

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

PERHATIAN!!
bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan atau masih berduka cita kerana tidak lagi mendapat mana2 tajaan(MARA @ JPA @ pape...) atau mempunyai sekelumit niat suci untuk tidak membebankan ibubapa dengan pembiayaan kos bagi menyambung pelajaran di oversea, bolehlah memohon DERMASISWA ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
CEPAT!!! SEBELUM TERLAMBAT!!!
huhu~
dan bagi para pelajar yang tidak ada salasilah kehidupan dengan negeri selangor, jangan bersedih-cepat2 layari laman2 web
1-zakat negeri
2-yayasan negeri
3-majlis agama islam negeri
*negeri2 yang berkaitan dengan salasilah anda!!!
taqiah borhan