Pages

22 July 2009

+dakwah+


D.A.K.W.A.H

short simple six alphabets word,

but presenting a tremendous and significant outcome

Don't just let the word move itself

WE SHOULD DRIVE IT!!!
+nahnu qowmun a'azzanallahu bil islam+

K.U.S.U.F



assalamaualaikum ;)

sempena gerhana matahari hari ni, yg juga merupakan gerhana matahari terlama pada abad 21...sesaje je nak post..tihihi~sekadar muhasabah..adakah kita tergolong dalam golongan yang dapat menunaikan solat sunnat gerhana matahari tahun ini..?!

21 July 2009

Lensa fitrah..

Oh semut makhluk Allah..!

Cubalah perhatikan sang semut,serangga bertubuh kecil yang sentiasa hidup dalam satu komuniti yang bersatu padu.Jika haiwan kecil ini muncul dalam jumlah yang banyak,pasti gawat manusia sehingga mereka terpaksa melakukan pelbagai cara untuk mengapuskannya.

Rajin dan dedikasi sang semut sangat menarik untuk dikaji dan diteliti.Perhatikan ketika sang semut mencari makanan.Si kenit ini begitu tekun,gigih malah cukup tabah terokai kawasan yang ada sumber makanan.
Justeru jika dibandingkan dengan manusia yang diberikan akal,tubuh badan yang sihat,serta fizikal yang cergas,..mengapa tidak kita mengambil iktibar daripada sang semut ini??

Allah swt menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil kerja tekun,dan berdedikasi.Orang yang hebat dan berjaya cemerlang memang selalu fokus sama seperti semut yang selalu berungguh-sungguh dalam usaha mereka.

Ini bertepatan dalam firman Allah swt yang bermaksud...,:
"..dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan)
apa yang diusahakannya.." -surah al-najm:39-

Hayati juga pesanan seorang tokoh barat,bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat,Charles Evans Hughes yang berkata...,:
"..orang tidak akan mati kerana bekerja kuat .mereka mati kerana pembaziran dan
kecemasan (taqdir).."

Jadi,apa lagi alasan kita untuk tidak bekerja kuat?? berusahalah dan terus berusaha..
Ingat! Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa disusuli usaha,doa dan tawakkal kepada Allah
swt yang SATU..

renung-renungkan dan fikir-fikirkan
..

Ideas from Bananas, Please!

Assalamualaikum...

Ideas from bananas? Untuk pengetahuan sahabat-sahabat (ecehhh.. bahasa!), ana baru je balik from Al Manar. Maka, telah dihabiskan masa bergurau senda dengan banateanz dan belajar buat maruku dengan Chef Lah setelah mereka selesai menghabiskan ujian syafawi STAM. Tak susah sangat. 3 surah yang perlu dihafal: Ar-Rum, Luqman, As-Sajdah, 10 hadith yang antaranya pernah dihafal sebelum ni, beberapa soalan berkaitan nahu, muthalaah, dan sedikit cakap-cakap dalam bahasa Arab. Diorang?? Bantai je!

Arakian, sampai-sampai di sekolah setelah bershopping di KB Mall, banat takde! Rupa-rupanya mereka tengah rehlah kat lata tembakah, terengganu. Tinggallah form STAM yang rehlah kat Azhariah. Malam tu, Alhamdulillah, Ustazah Maryam telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Barakallahu Lakum! 4 orang la ek Ustaz Saufi.. Same ngan Ustaz Alwi..

Masa nak dekat balik, sempat la ana bincang dengan Asiah tentang minggu sains/reka cipta yang akan diadakan. Program ini melibatkan kerajaan Kelantan bersama Tok Guru kesayangan kita!

Tugas mereka ialah mereka cipta apa-apa sahaja daripada pokok pisang, nanas, ubi, dan satu lagi ana tak ingat. Selawat2!

Any ideas???

Ecoh kata nak buat cekodok? Ape ni ecoh! Hahaha.. Orang perah otak fikir, anti bantai cekodok lakss.. Lapar eh? Al-Maklumle, dok makan ikan je ekoran daripada Virus H1N1.

Siapa ada idea, boleh la kemukakan. =)

Sama-samalah kita mencari redha ALLAH S.W.T.

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam,
Wassalam.

Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin.












20 July 2009

pemuda...akukah?!


perginya seorang mujahid dakwah~allahyarham Fathi Yakan (9 Feb 1933-13 Jun 2009)
"Ya Allah, pilihlah aku untuk menjadi salah seorang pengganti hamba2Mu yang Kau cintai, yang telah pergi bertemuMu setelah mewakafkan sepenuh jiwa dan raganya demi agamaMu.."
sepeninggalan allahyarham Fathi Yakan:
"Pemuda ialah satu tenaga digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam, tetapi hari ini orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya msyarakat hari ini penuh sesak dengan pemuda2 tetapi pemuda2 ini hanyalah pemuda yang kosong, hanyut dan terbiar, yang tiada peribadi, bersikap seperi kera, pemuda yang tiada akhlak, lebih hampir dengan binatang, pemuda yang di jadikan golongan kuffar dan disusun oleh parti2 kuffar, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda2 yang tinggi cita2nya.."
...siapakah aku?? akukah pemuda?? dimanakah aku?? apakah matlamat hakikiku??

17 July 2009

aku dan logam


عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم

(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )).

>>Annas ma'adin, khiaruhum fil jahiliyyah khiaruhum fil islam, idza faqihu/faquhu<<


Maksud:“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (sahih bukhari)


huhu~ni salah satu 'motivator' ana kalau ana futur...sedikit perkongsian..


bismillah..Dengan namaMu Ya Rabbal Alamin..

nilai logam tak akan berubah mana2 zaman. Sekiranya dia jahil,maka nilai itu akan menyokong jahiliyyahnya. Begitulah sebaliknya, sekiranya dia Islam, maka nilai itu jugalah yang akan menolong keislamannya..JIKA DIA FAHAM (segalanya bergantung kpd KEFAHAMANNYA)


mungkin antunna rasa jauh dengan hadith Baginda nih..kalau mcm tu, kenapa hadith nih di ungkapkan?? seandainya kita sebagai seorang muslim hanya tahu itu adalah salah satu hadith Rasulullah, kita hanya sedar kita perlu beriman dengannya, kita hanya tahu membaca syarah2 hadith yang berjela2..maka tak hairanlah umat islam terus mundur dan terus berada di 'bawah graf'..hanyut..dan terus mundur!!


Rasulullah di utuskan kpd kita sebagai murabbi kita..sbgi guru yang mengajar selok belok kehidupan kepada anak muridnya (mutarabbi) yang 'kosong'..tak mengerti apa2..oleh itu, kita harus sedar, SEGALA tindakan dan setiap langkah Baginda merupakan olahan kepada kehidupan kita mutarabbinya-cara makan, cara berhadath, kaifiyyah mentadbir dan pelbagai lagi..kesimpulannya, setiap yang berlaku perlu kita 'reflect' kan pada diri dan perjalanan kita di dunia ini..


Jadi, apakah yang ingin Baginda sampaikan kepada KITA melalui hadith ini?!


sesuatu yang paling besar yang nak ana kongsikan ialah..

kehebatan (nilai2 hebat..kepimpinan, kebijaksanaan, kemampuan itu dan ini..) kita ketika kita jahil, mampu memberikan impak yang SANGAT BESAR kepada Islam bilamana kita intima' kan diri kita ke dlm Islam, seandainya kita faham islam!!


kalaulah sebelum ini kita ragu2 berfikir, ish, orang macam aku ni, boleh ke bagi sumbangan kat Islam? ish..boleh ke aku jd mcm si fulan??die bolehlah, keluarga dia memang da hebat..


makanya, ini motivasi terhebat yang boleh kita bisikkan kepada diri, sekarang aku hebat dalam kejahilanku ini, maka seandainya aku faham dan mengamalkan Islam, aku akan jd LEBIH hebat!!! aku perlu yakin, bahawa tiada yang mustahil sebab dah ramai sahabat2 Baginda membuktikan kesahihan hadith ini (Umar AlKhattab salah satunya)..!! aku boleh jadi hebat!! dengan syarat, aku perlu FAHAM dan AMAL Islam..aku perlu usaha kearah mencapai kefahaman dan mencapai Halawatul Iman yang 'terrr...' (tak terkata..)