23 November 2011
20 September 2011
Istighfar
18 September 2011
Kata-kata nasihat Ibnu Qayyim
Dalam hati manusia ada kekusutan
dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T..
Dalam hati manusia ada keganasan
dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan ALLAH S.W.T.
Dalam hati manusia ada kesedihan
dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali ALLAH S.W.T..
Dalam hati manusia ada kegelisahan
dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNYA
Dalam hati manusia ada penyesalan
dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNYA serta qadha dan qadarNYA serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNYA
Dalam hati manusia ada hajat
dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNYA dan bermohon kepadaNYA.
Kesentiasaan berzikir kepadaNYA adalah keikhlasan sebenar kepadaNYA.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
13 September 2011
Kisah Pak Cik Sampan dan 3 Pemuda.
Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.
Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.
Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.
Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.
Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.
Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.
Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.
Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.
Apa komen anda?
http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/10/tazkirah-jumaat-kisah-pakcik-sampan-3-budak/09 September 2011
Jauhi bersangka.
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka kedekut,
Orang baik disangka buruk,
Orang buruk disangka baik,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka sombong,
Orang menawan disangka pakai susuk,
Orang nampak ceria disangka membela,
Mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH S.W.T.,
Mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu
yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api,
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulanyang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
07 September 2011
Sangka baik kepada ALLAH S.W.T.
Back.
04 September 2011
23 August 2011
Program sadaqah untuk al masaakin.
4 things to do for a Remarkable Ramadhan
17 August 2011
Pertanyaan
15 August 2011
Majlis Makan Malam Amal Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar
Assalamualaikum W.B.T.
Secara rasminya Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar akan mengadakan majlis makan malam;
Tarikh: 24 September 2011
Hari: Sabtu (malam Ahad) Tempat: Dewan MAEPS, Serdang, Selangor Masa: 7.45 - 10.45 malam Dijemput sesiapa yang berminat untuk membeli tiket sempena majlis tersebut iaitu 1 meja = 10 kerusi dan dibahagikan kepada 3 kategori:
1 MEJA : RM 1,500 (1 KERUSI RM 150) 1 MEJA : RM 3,000 (1 KERUSI RM 300) 1 MEJA : RM 4,500 (1 KERUSI RM 450) Boleh dibeli 1 kerusi untuk 1 orang. |
7.45 malam : Ketibaan staff dan tetamu
8.00 malam : Ketibaan VIP 8.15 malam : Bacaan Al-Quran 8.20 malam : Ucapan Pengerusi 8.30 malam : Ucapan Perasmian 8.45 malam : Persembahan Pelajar & Persembahan dari kumpulan RAIHAN 8.50 malam : Jamuan Makan 10.45 malam: Doa penutup & bersurai Objektif: Untuk mengumpul dana bagi infrastruktur dan pendidikan pelajar Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar.
|
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNYA, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNYA. (Al Baqarah:261) |
Sumbangan antum dan keluarga antum, hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang dapat membalas.
En.Ahmad Nizam (019-3812779)
Pn.Norazean (012-2115749)
Wallahu A'lam.
01 August 2011
Summer Holiday
24 July 2011
23 July 2011
Peribadi muslimah sejati
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31
5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dipetik daripada blog: Daurus Syabab
31 May 2011
Forgive Me When I Whine
15 May 2011
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum...
SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 di Malaysia dan guru2 yang pernah mengajar BANAT AL-MANAR ketika tadika & sekolah rendah terutamanya di MAAHAD AL-QURAN DAN BAHASA ARAB AL-MANAR...
TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR KAMI!!!
BERKATILAH HIDUP MEREKA DAN PERTEMUKAN KAMI DI TAMAN SYURGA... AMEEN!!!
14 May 2011
09 May 2011
Rabiatul Adawiyah....
Marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita agar menjadi muslimah yang lebih baik dan marilah sama-sama kita ikuti salah seorang qudwah sahabiah iaitu Rabiatul Adawiyah yang sangat mencintai Kekasihnya iaitu Allah Subhanahuwataa'la...
Rabiatul Adawiyah
Engkau bermula dengan sengsaraDalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsana-Mu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari-Mu, Tuhan pencipta alam
Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu
Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
08 May 2011
Happy Mother's Day!
"Terima kasih ibu kerana melahirkan saya!"
Marilah sama-sama kita hayati hadis ini...
Ibu Lebih Utama Berbanding Ayah.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
06 May 2011
Sejenak bersama...
Allah subhanuwataa'la telah berfirman dalam kitabnya, Surah Al-Isra'
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata "Hah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan santun)"
Jadi, sama-samalah banat hormati ibubapa... Merekalah yang menjaga dan membesarkan kita... Bermuhasabahlah diri kita sekiranya kita mengguriskan perasaan mereka & jangan lupa doakan mereka setiap hari...
04 May 2011
Review novel: Setanggi Kalbu Harraz
27 February 2011
Walimatul Urus
Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya bermaksud; "Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dijemput tanpa diskriminasi kepada yang mengenali;
Tarikh: 6 MAC 2010
Tempat: Akad Nikah - Masjid UIA.
Majlis kesyukuran - 9, Jalan Bestari Indah, Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Masa: InsyaALLAH akad nikah pada pukul 10 pagi dan majlis kesyukuran right after akad nikah.
Tema: Biru turquoise dan putih
Contact number; 0133225019. (Qarafi) ***- (For my number, inboxlah)
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula ALLAH menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dengan (menggunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengawasi kamu." (An Nisaa':1)
Doakan semuanya :)
Wallahu A'lam
21 February 2011
Dunia
Wallahu A'lam ^__^
18 February 2011
Program di Al Manar
Siapa mahu meneman Maryam Fadhilah Binti Yaakob pergi ke Kelantan?
Sila contact beliau.
Kakak-kakak yang baru pulang dari Mesir, tiada perancangan program di Al Manar?
Mari berbincang.
Muaz bin Jabal R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah" (Riwayat Imam Ahmad)
Wallahu A'lam.
16 February 2011
February
Assalamualaikum W.B.T.
Sanah Helwah kepada semua yang lahir pada bulan February!
In my record, ada nama-nama ini sahaja;
1) Kak Faridah
2) Kak Maryam
3) Kak Amirah
4) Kak Nana
5) Atiqah Othman
Sesiapa yang rasa timbul bibit2 perasaan bahawasanya ini tidak adil sebab ada nama yang tak disebut, sila comment di bawah ini ya.
Banat memang hobinya mengomen.
Keh3
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMU - dalam kumpulan hamba-hambaMU yang soleh"
^Wallahu A'lam^
14 February 2011
Sanah Helwah :)
Dalam kesibukan memerangi valentine;
janganlah kita lupa kat birthday kembar Al Manar. :)
Sanah Helwah
to
Maryam & Faridah Zakaria!
Ingat, anda dah 21. Hehe.
kami mohon kepadaMU,
agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami,
dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami,
akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali,
jadikanlah hidup ini untuk menambah kebaikan,
dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
^Wallahu A'lam^
11 February 2011
Karnival Jom Masuk U
"Jom Masuk U"
14 Januari - 3 April
di seluruh negara
12-13 Februari: Kelantan Trade Center & Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kelantan
19-20 Februari: Dewan 2020, Perlis
26-27 Februari: Suria Sabah, Sabah
5-6 Mac: Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
12-13 Mac: PERSADA, Johor
19-20 Mac: Permata Exhibition Center, Sarawak
26-27 Mac: Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak
2-3 April: MINES International Exhibition Center, Selangor (Majlis Penutup)
Lepasan SPM!
Sama-sama meriahkan karnival ini :)
Semoga semua berjaya menimba ilmu dalam bidang pengajian yang diingini, InsyaALLAH!
^Wallahu A'lam^