Pages

09 September 2011

Jauhi bersangka.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka kedekut,
Orang baik disangka buruk,
Orang buruk disangka baik,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka sombong,
Orang menawan disangka pakai susuk,
Orang nampak ceria disangka membela,

Mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH S.W.T.,

Mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah,

Mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa,

Mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,

Mana tahu
yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangka

kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api,

Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulanyang boleh kita buat.


Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

2 comments:

Bintu Qist said...

Salam...
Apa maksud orang nampak ceria disangka membela??

BaNaTean_Z said...

Sewaktu mempaste kata-kata ini, ana pun ada tertanya-tanya apa maksudnya.

Mungkin sahabat lain boleh berkongsi :)

Pandangan anti?