Pages

04 May 2011

Review novel: Setanggi Kalbu Harraz


Ana nak share sinopsis tentang novel ni... Mmg best & membina peribadi Muslim...

"Mengisahkan pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Ahmad Harraz Maulawi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yakni, aura suara yang menyihir sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bersama Aiman, Fayyadh, Ustaz Nafiz, dan kumpulan Usratul Firdausi, mereka melakar kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan menyemarakkan nasyid.

Keikhlasan Qarihatun Naurah mentransformasikan Harraz, namun, seseorang telah tersemai kesumat dengki kepada Harraz menyebabkan kecoh di Maahad Hamidiah। Berkat kesabaran, kebenaran dan keyakinan, perdamaian dicapai.Harraz dan enam sahabatnya mengemudi Imam Qurtubi melayari kehidupan seterusnya.

Ujian Maha Hebat melanda. Antara impian dan hasrat. Orang tersayang berada di ambang perjalanan abadi. Harraz terus meminta ihsan Ilahi. Dengan izin Allah, rayuannya diterima. Lalu dia mengerti nikmat kehidupan di muka bumi Allah. Menjadikan tautan mahabbah dengan orang tersayang lebih erat, lebih bermakna. Fitrah seorang insan. Kalbunya berhak menyukai dan disukai. Tetapi semuanya mesti berdasandarkan syariat Allah dan nawaitu yang ikhlas. Dapatkah dia menggapai untuk mengikut ikon nasyidnya-Almarhum Ustaz Asri, Sami Yusuf atau Ahmed Bukhaitir?"

Harga: RM19.90(Sem Malaysia)
RM21.90 (S/S)

2 comments:

Soul Seeker said...

novel pemangkin semangat remaja. :) like !

Anonymous said...

btul2..pmgkin semangat :)