Pages

07 September 2009

Nuzul Quran


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Today is 17 Ramadhan.

Ada apa dengan 17 Ramadhan?

~Nuzul Quran~

1. Daripada Abu Umamah R.A. berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersab
da: "Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya."
( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an R.A. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.( Riwayat Muslim )

3. Daripada Utsman Bin 'Affan R.A. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sebaik m
anusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah R.A. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W.: "Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )

P/S: Dah habis tilawah belum? ;)

Marilah sama-sama kita membaca Al Quran.

YA ALLAH, thabatkanlah kami dengan tilawah Al Quran
dan beramal dengannya!

Kata adik kecil: Jangan dengar lagu. Nanti hati gelap. Hehe.. (Pandai ek?)

Wallahu Subhanahu Wa Ta'a
la A'lam..
Wassalam..

No comments: