Pages

06 September 2009

Inai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Mari kita bincang perihal inai. Summary dah ni! Ana baca kat blog student Ibnu Khaldun beberapa hari lepas tapi tak sempat (???) nak post lagi. Mari kita baca sama-sama.

~Ikhlaskan diri anda kerana ALLAH S.W.T., semoga pahala mengalir dalam diri~

Kita tengok pendapat Imam Arba'ah.

Syafie:
Lelaki - Harus pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali tangan dan kaki. Tetapi, dibenarkan inai pada tangan dan kaki jika untuk berubat dan darurat sahaja.
Perempuan - Haram untuk perempuan yang dalam iddah sebab kematian suami.

Hanbali:
Lelaki dan perempuan - Harus pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali kepala.

Hanafi dan Maliki:
Lelaki dan perempuan - Haram pada mana-mana bahagian anggota badan kerana ia adalah sama macam pakai wangian.

Kenapa sama macam pakai wangian?

Diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W. memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At Tabarani dalam Al Kabir, Al Baihaqi dalam Al Ma'rifah dan Ibn Abdil Barr dalam At Tamheed).

Imam An Nawawi R.A. dalam Fatwa Al Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna (inai) di tangan dan kaki mereka.

Sedikit hadith yang berkaitan;

1) Diriwayatkan dari Aisyah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda S.A.W. melihat tangan itu seraya baginda S.A.W. bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan." Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda S.A.W. bersabda: "Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna di jarimu." (Hadith riwayat Abu Dawud).

2) Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna dibawa ke hadapan Rasulullah S.A.W.. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W.: "Wahai Rasulullah S.A.W.. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari Al Baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah S.A.W.: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W. bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Sahih Al Jaami', 2502).

Conclusion:

1) Perempuan diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka

tetapi

berwaspadalah jika tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj. Pada keadaan ini, hukumnya adalah haram.

2) Rasulullah S.A.W. menggalakkan kaum perempuan memakai inai pada tangan adalah untuk membezakan antara lelaki dan perempuan.

3) ALLAH S.W.T. melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Alhamdulillah.. Sampai satu ilmu.

How about inai berukir? Boleh ke?

1) Dari Ibnu Umar R.A. katanya: "Bahasawanya Rasulullah S.A.W. mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah S.A.W.) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." (Hadith bilangan 2003: Sahih Muslim).

2) Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda: " ALLAH S.W.T. mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)." (Hadith bilangan 1685: Sahih Bukhari)

Maka berkata Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat ALLAH S.W.T. Inai berukir awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari."

Kita kan suka inai bunga-bunga! Conteng-conteng tangan la.. Hehe.. (Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat Al Manar semua)

Ittaqillah!~

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..

No comments: