Pages

28 August 2010

Masa


Demi masa!

Sesungguhnya semua manusia itu dalam kerugian

Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan pada kesabaran

^Hargai masa anda^ :)

*YA ALLAH, jauhkanlah kami daripada sifat membuang masa*

-Wallahu A'lam-

27 August 2010

Menguatkan ingatan :)

In The Name of ALLAH S.W.T.

The Most Gracious

and

The Most Merciful

- Sila tajdid niat membaca -

Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. (Al Baqarah:168)

Base on the title, macam mana nak menguatkan ingatan yang asyik lupa ni?

Mari kita tengok kembali apa yang kita makan. Lets avoid these things!

1. Kepala ikan.
Kesian peminat setia kari kepala ikan ;(

2. Organ dalaman.

Antaranya limpa, jantung, perut, usus dan sebagainya.

3. Makanan yang bersemut!


Jangan ingat semut tu kecil, maka effectnya pun kecil. Kerana seekor semut, gagal satu paper. (Haha, salahkan semut. Tak baik betul!)

4. Makan berlebihan.
Kita ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W., makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. (Pernah ke ikut???).

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. is the best!

Lepas baca, amalkan! Kalau tak, sia-sia sahaja.

"Al Ilmu Bila 'Amal Ka As Sayyarah Bila Stereng"
Ilmu tanpa amal seperti kereta tanpa stereng.

Semoga anda semua memperoleh kekuatan untuk beramal :)

:: YA ALLAH, peliharalah iman kami! ::

^Wallahu A'lam^

22 August 2010

Makanan Di Syurga :)

Bismillah.

Makanan di syurga tidak sama dgn makanan duniawi yg jika disantap membawa kesan negatif. Ahli Syurga boleh makan dan minum sepuas-puasnya tanpa pernah sakit perut dan tanpa perlu buang air. (MasyaAllah).

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :" Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum. Namun mereka tidak meludah, kencing, buang air ataupun mengeluarkan hingus."
Para sahabat bertanya :" Lalu apa jadi dgn makanan mereka?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Menjadi peluh yg berbau kasturi. Mereka diilhamkan utk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan utk bernafas." (Riwayat Imam Muslim drpd Jabir r.a)

Oleh sbb syurga itu sifatnya abadi,maka mknnnya juga bersifat keabadian. Klu manusia di dunia ini makan wlu pun sedikit,nescaya ia tidak akan berasa lapar lagi sehingga ke akhir hayatnya. Dan menariknya, kes ini mmg benar2 berlaku.

Imam Tajuddin Ibnu Al-Subki bercerita dlm kitabnya Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra mengenai seorang perempuan yg suaminya br sahaja mati syahid. Ia lalu bermimpi berjumpa suaminya di dalam syurga. Si suami memberi isterinya sedikit makanan syurga yang sdg disantapnya. Wanita itu berkata," Bentuknya seperti roti, namun warnanya lebih putih drpd salji dan susu. Rasanya lebih manis drpd madu dan gula. Lebih lembut drpd mentega dan samin."

Setelah terjaga drpd tidurnya, wanita ini berasa sgt kenyang. Dan sejak hari itu, ia tidak pernah berasa lapar dan haus lagi. Beliau juga tidak pernah mengeluarkan najis hingga akhir hayatnya. (Subhanallah).

14 August 2010

Marhaban Ya Ramadhan **

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Raheem.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Umatku telah dikurniakan dgn lima perkara yg istimewa yang belum pernah diberikan kpd sesiapapun sebelum mereka;
  1. Bau mulut drpd org Islam yg berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah drpd bau haruman kasturi. Ikan2 di lautan memohon Istighfar ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.
  2. Segala perbelanjaan dan derita lapar semasa puasanya adalah Syurga balasannya.
  3. Diampunkan dosa2 mereka pada malam Lailatul Qadar.
  4. Amalan yg dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku.
  5. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat kelak."

* Subhanallah *

25 July 2010

Buku Api Neraka?

Salam atas semua :)
Hadits best hari ini. Hee.
Rasulullah S.A.W. bersabda: ..."Ingatlah bahawa orang yang melihat buku saudaranya tanpa izinnya sesungguhnya sedang melihat api neraka ... "
Dipetik daripada buku Umar Bin Abdul Aziz, Peribadi Zuhud Penegak Keadilan.
Author: Abdullah Bin Abdul Hakam.
Halaman: 46
Dah tahu dosa, tapi kenapa buat?!
~Marah diri sendiri~
O Allah, save us from satans and sekutu-sekutunya!
:: Wallahu A'lam ::

17 July 2010

Ketika Akhawat Jatuh Cinta

Akhwat jatuh cinta?

Tak ada yg aneh,mereka juga adalah manusia. Mereka juga insan biasa.
Bukankah cinta adalah fitrah manusia?
tak pantaskah akhwat jatuh cinta? Mereka juga punya hati dan rasa..
Tapi tahukah kalian betapa berbezanya saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya?

Tak ada senyum bahagia,Tak ada rona malu di wajah,
Tak ada buncah suka di dada..

Namun sebaliknya..

Ketika akhwat jatuh cinta..

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat,
atas sebuah hijab yang tersingkap..
Ketika lelaki yang tak halal baginya,bergelayut dalam alam fikirannya,
yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi..
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak sepatutnya..

Tak ada senyum bahagia, Tak ada rona malu..
Yang ada adalah malam2 yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai..
Yang ada adalah kegelisahan kerana salah arah..
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit..

Ketika akhwat jatuh cinta...
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan,
tapi yang ada hanyalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut..

Tak ada kata2 cinta dan rayuan..
Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mula merindukan lelaki yang belum halal bahkan tidak akan pernah halal baginya..

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah , kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh..
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya..
Bahkan sekalipun dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan..

Alangkah kasihannya jika akhawat jatuh cinta,
Kerana yang ada hanyalah penderitaan..

Tapi Ukhti.. bersabarlah,
Kerana ini adalah ujian dari Rabbmu..

Matikan rasa itu secepatnya..
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia
Pasang duri dlm hatimu agar rasa itu tidak tumbuh bersemai
Cuci dgn air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap..

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya pada-Nya..
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dlm hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu..

Ukhti, Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya..
Kerana bila mmg kalian di takdirkan bersama,
maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu..
Tapi ketahuilah bagaimanapun usaha kalian untuk bersatu,
jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu..

Ukhti, bersabarlah.. Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah. Semuanya akan baik2 sahaja..
Semua Akan Indah Pada Waktunya..

Dipetik dari : Never Ending Tarbiyyah by FB.