17 December 2012
Tahniah Maryam Rufaida
30 November 2012
Teknik Menghafal Al Quran Versi Al-Manar
Sengaja buat tajuk formal, senang orang nak search. ^^
Alam persekolahan sudah bermula. Faham kan signifikasi kenapa saya berkata frasa "Alam persekolahan sudah bermula".
Ya, para pembaca blog saya (?) sangat bijak, Alhamdulillah :D
Salah satu kejayaan besar Al Manar ialah pada tahfiz Al Quran. Take in mind, Al Manar yang sedang saya berbicara bukanlah nama surat khabar atau stesen televisyen, tetapi ia nama sekolah saya yang terletak di dalam hutan.
Sumber gambar.
Jauh ke dalam hutan Selising, Kelantan. Ini sawah padinya :) Hafal + hutan + harmoni + hijau + harum = Hafizah! Suasana hutan dengan udara yang bersih memang membantu. Elok mulakan menghafal sewaktu masih kecil, kerana waktu itu minda kita mudah meresap dan tidak mudah letih. Tetapi, bukan bermaksud veteran tidak boleh menghafal. Poin saya, sesiapa yang sudah berniat, elok dimulakan sekarang.
Ini teknik menghafal kami yang telah diperkenalkan oleh Ustaz Hadi. Sangat berkesan! Boleh menjadi rujukan untuk tenaga pengajar sekolah-sekolah tahfiz. Al Manar tidak menggunakan sistem hafal 2 TAHUN seperti sekolah lain.
Sakan. Kami tidak menggunakan istilah asrama atau hostel.
This is the flow;
1) Sofhah Jadid = Muka surat baru.
Biasanya, kami hanya menghafal satu muka surat dalam sehari.
2) Murajaah Jadid = Ulangan muka surat baru.
Ulangan atau revision, muka surat yang telah dihafal selama 5 hari yang lepas. Ke 4? Ke 7? Tetapi, confirm bukan 3. Kalau 5 hari lepas kita hafal 10 muka surat, maka revise 10 muka surat.
3) Murajaah Qadim = Ulangan muka surat lama.
Ulangan ini mengikut jumlah juzu'.
Jika pelajar tersebut menghafal _, maka murajaah qadimnya sebanyak _.
5 juzu' = 10 muka surat.
10 juzu' = 20 muka surat.
15 juzu'= 30 muka surat.
30 juzu' = 40 muka surat.
Haha. Sebenarnya, sudah tidak berapa ingat secara spesifik. Semua muka surat ini perlu dibaca secara terus, bukannya 10 muka surat, kemudian sambung lagi 10, dan seterusnya. Ulangan ini diteruskan sehingga habis, dan mula kembali dari surah Al Fatihah. Inilah cycle dalam sehari.
Waktu kelas hafazan;
1) 0600 - 0720
2) 0800 - 0845
3) 0700 - 0900
Salah satu perkara strict yang akan datang tanpa diundang...
Vroom vroom. Bunyi motor memecah suasana. Errk. Hampir semua banat mengenali maksudnya. Dialog dalam bahasa Arab, dan telah diterjemahkan ,antara Ustaz dan Haura' yang sudah menghafal 15 juzu'.
Ustaz: "Haura', ke mari! Sambung ayat ini. (sambil membaca potongan ayat dari juzu' 3).
Haura': Erk. Erk. Gulp. (Nervous dan baca dengan salah).
Ustaz: Kamu diturunkan kepada juzu' 3 mulai hari ini!
Haura': (Terus tidak nervous dan membaca dengan cemerlang).
Diturunkan juzu' bukannya situasi yang tidak biasa. Jadi, jangan bermain-main dan sentiasa serious dalam menghafal.
Ada orang bertanya kepada saya, ada pantang larangkah dalam pemakanan untuk penghafal Al Quran?
Jawapan saya, saya makan je semua jajan berMSG yang ada. Haruslah tidak diikut jawapan kurang cerdik saya. Kekeke. Jawapan serius, jangan makan makanan haram. Sama ada ia haram secara qat'i atau bersumber dari perkara yang haram.
Wallahu A'lam.
Via blog Nusaibah Sallehuddin
23 November 2012
SPM 2012
Agak terlambat untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM 2012 kepada semua pelajar di Malaysia khususnya Banat Al-Manat Batch 5 & 6 iaitu:-
-Syafiah Masturah
-Syairah Nasihah
-Hasanah
-Najiya
-Inshira
-Noraimah
-Siti Samirah
-Nawalul Huda
-Puteri Mardhiyah
Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun 2013 nanti... In Shaa Allah...
28 May 2012
Sajak: Syabab Fatayat

Wahai syabab fatayat!
Kalianlah yang bakal menjadi pewaris
Pewaris yang akan memimpin pada masa hadapan
Ayuh! Berjuang demi menegakkan syariat Islam
Bukalah mata! Bukalah minda!
Para pemimpin kini sedang mengharapkan kalian
Wahai syabab fatayat!
Jangan biarkan diri kalian hanyut
Hanyut dalam keseronokan duniawi
Hingga lupa pada ukhrawi
Jangan lupa pada Yang Maha Satu
Kerana Dialah Allah, Tuhan yang menciptakan kalian
Wahai syabab fatayat!
Jadikan Allah sebagai matlamat hidup
Jadikan Rasulullah sebagai ikutan
Jadikan Islam sebagai pegangan
Jadikan rukun Islam sebagai tanggungjawab
Jadikan rukun Iman sebagai kepercayaan
Nukilan hati: Bintu Zulkiffli...
23 January 2012
23 November 2011
20 September 2011
Istighfar
18 September 2011
Kata-kata nasihat Ibnu Qayyim

Dalam hati manusia ada kekusutan
dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T..
Dalam hati manusia ada keganasan
dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan ALLAH S.W.T.
Dalam hati manusia ada kesedihan
dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali ALLAH S.W.T..
Dalam hati manusia ada kegelisahan
dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNYA
Dalam hati manusia ada penyesalan
dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNYA serta qadha dan qadarNYA serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNYA
Dalam hati manusia ada hajat
dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNYA dan bermohon kepadaNYA.
Kesentiasaan berzikir kepadaNYA adalah keikhlasan sebenar kepadaNYA.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
13 September 2011
Kisah Pak Cik Sampan dan 3 Pemuda.

Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.
Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.
Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.
Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.
Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.
Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.
Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.
Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.
Apa komen anda?
http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/10/tazkirah-jumaat-kisah-pakcik-sampan-3-budak/09 September 2011
Jauhi bersangka.
Manusia hari ini suka bersangka-sangkaAda sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka kedekut,
Orang baik disangka buruk,
Orang buruk disangka baik,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka sombong,
Orang menawan disangka pakai susuk,
Orang nampak ceria disangka membela,
Mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH S.W.T.,
Mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu
yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api,
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulanyang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
07 September 2011
Sangka baik kepada ALLAH S.W.T.

Back.
04 September 2011
23 August 2011
Program sadaqah untuk al masaakin.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, Medic Mesir telah menganjurkan JOM! Kasih Ramadhan 2.0. untuk membantu rakyat miskin dan tidak berkemampuan.4 things to do for a Remarkable Ramadhan
17 August 2011
Pertanyaan
15 August 2011
Majlis Makan Malam Amal Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar

Assalamualaikum W.B.T.
Secara rasminya Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar akan mengadakan majlis makan malam;
Tarikh: 24 September 2011
Hari: Sabtu (malam Ahad) Tempat: Dewan MAEPS, Serdang, Selangor Masa: 7.45 - 10.45 malam Dijemput sesiapa yang berminat untuk membeli tiket sempena majlis tersebut iaitu 1 meja = 10 kerusi dan dibahagikan kepada 3 kategori:
1 MEJA : RM 1,500 (1 KERUSI RM 150) 1 MEJA : RM 3,000 (1 KERUSI RM 300) 1 MEJA : RM 4,500 (1 KERUSI RM 450) Boleh dibeli 1 kerusi untuk 1 orang. |
7.45 malam : Ketibaan staff dan tetamu
8.00 malam : Ketibaan VIP 8.15 malam : Bacaan Al-Quran 8.20 malam : Ucapan Pengerusi 8.30 malam : Ucapan Perasmian 8.45 malam : Persembahan Pelajar & Persembahan dari kumpulan RAIHAN 8.50 malam : Jamuan Makan 10.45 malam: Doa penutup & bersurai Objektif: Untuk mengumpul dana bagi infrastruktur dan pendidikan pelajar Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar.
|
| Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNYA, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNYA. (Al Baqarah:261) |
Sumbangan antum dan keluarga antum, hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang dapat membalas.
En.Ahmad Nizam (019-3812779)
Pn.Norazean (012-2115749)
Wallahu A'lam.
01 August 2011
Summer Holiday
Wallahu A'lam














