Riwayat Abu Daud
20 September 2011
Istighfar
Riwayat Abu Daud
18 September 2011
Kata-kata nasihat Ibnu Qayyim
Dalam hati manusia ada kekusutan
dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH S.W.T..
Dalam hati manusia ada keganasan
dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan ALLAH S.W.T.
Dalam hati manusia ada kesedihan
dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali ALLAH S.W.T..
Dalam hati manusia ada kegelisahan
dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNYA
Dalam hati manusia ada penyesalan
dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNYA serta qadha dan qadarNYA serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNYA
Dalam hati manusia ada hajat
dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNYA dan bermohon kepadaNYA.
Kesentiasaan berzikir kepadaNYA adalah keikhlasan sebenar kepadaNYA.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
13 September 2011
Kisah Pak Cik Sampan dan 3 Pemuda.
Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.
Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.
Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.
Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.
Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.
Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.
Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.
Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.
Apa komen anda?
http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/10/tazkirah-jumaat-kisah-pakcik-sampan-3-budak/09 September 2011
Jauhi bersangka.
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka kedekut,
Orang baik disangka buruk,
Orang buruk disangka baik,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka sombong,
Orang menawan disangka pakai susuk,
Orang nampak ceria disangka membela,
Mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH S.W.T.,
Mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu
yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api,
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulanyang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.