In The Name of ALLAH S.W.T.
The Most Gracious
and
The Most Merciful
Muhasabah diri. Muhasabah amalan. Muhasabah rakan. Al Manar pun kena muhasabah. Kalau kita tak musahabah, kita tak boleh memperbaiki. Setiap tempat ada cacat celanya. Cacat itu perlu diusahakan untuk diperbaiki. Kalau tak baiki, kerosakan yang lebih dahsyat akan berlaku. Betul?
Semakin ramai pelajar yang pergi. Mencari nafas baru. Al Manar, istimewanya terletak pada ukhuwwah. Pelajar-pelajar sangat rapat lantaran bilangan yang sedikit. Menyebabkan ramai pelajar yang sayang untuk meninggalkan Al Manar. Ana setuju kalau setiap tahun, kita limitkan dalam 30 orang. Wang? Berjimatlah. Gunalah secara berhemah. Kalau tempat lain mampu, ini buktinya kita juga mampu.
Masalah yang meruncing di Al Manar. Kekurangan guru. Ya, kekurangan guru. Kalau diniyyah, Alhamdulillah, ustaznya memang mantap2! Tapi, akademik? Sangat penting juga. Zaman kegemilangan Islam dipenuhi dengan pakar2 matematik, perubatan, bedah, dll. Kita sangat kekurangan guru dalam bidang akademik. Masa belajar di sekolah jadi terbazir.
Tahfiz? Sistem yang sangat mantap! Bersyukur kepada ALLAH S.W.T. kerana mengilhamkan Ustaz Hadi untuk memperkenalkan sistem ni :) Kalau bab tahfiz, memang Al Manar juara! Memang matlamat untuk menghasilkan hafizah, bukannya habisah. Alhamdulillah :) Itu sebenarnya yang diharapkan.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment