Pages

28 December 2009

!nNa akramakum inda allah atqakum !!

" قال الله تعالى في كتابه العزيز:
"إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) & bertakwalah kepada ALLAH...agar kamu mendapat rahmat..

tekan mouse kat perkataan "بداية العرض " kat flash 4 "play"


Tingkatkan iman, dekatkan diri kepada yang maha Esa..
kamu akan melihat setiap kebaikan dalam setiap langkahmu..

Semoga kita sama2 tingkatkan azam baru dengan amalan yang diredhai oleh ALLAH..
SALAM UKHUWWAH dr ukhtikum,

UMAY...(^^)
fikirlah ke depan!! jadikanlah setiap lafazmu dgn penuh iman & fisabillilah....uhibbukum fillah!!

11 December 2009

SMS Berantai?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
“Slm,kpd smua yg brglr mslim,hri ni pkr meteorologi bhgn bunyi dr Rusia mndpti ssuatu bnyi gnjil sprti ngauman rksasa dr bwh mantel bumi.Menurut para ulama kmungkinan bsr itu suara Dajal y brusaha utk naik ke muka bumi.Oleh itu,kita d sruh sntiase x b’henti azan n solat,sbrkn kpd 10 umat ISLAM...amanat.”

Siapalah pencetus angkara ni ya? Jangan-jangan orang dari ‘line’ telefon tak? Maklumlah, satu orang kena sebar kepada sepuluh orang. Kalau ada sejuta orang pengguna, kan dah jadi 10,000,000 sms? Lagi cepat habis kredit pengguna, lagi untunglah pihak penjualnya. Ini sekadar agak-agak saja, belum ada bukti kukuh pun.

Dari semasa ke semasa pelbagai berita buruk yang boleh menggugat ketenteraman jiwa umat Islam disebarkan melalui cara di atas. Kena sebar kepada 10 oranglah, 7 oranglah. Antaranya berita Masjidil Aqsa dikepung, seolah-olah hendak diserang dan diruntuhkan oleh tentera Zionis sebentar saja lagi. Selang beberapa bulan, masuk lagi mesej yang sama. Entah berapa kalilah Masjidil Aqsa hendak dikepung dan diruntuhkan.. : )

Kadang-kadang isinya dalam bentuk fadhilat. Contohnya (lebih kurang):
“Laailahaillallah, Muhammadurasulullah. Kalimah tauhid yang membawa berkat. Sabda Nabi, sampaikan walau satu ayat. Sebarkan kepada 10 orang Islam, insyaallah membawa kebaikan.”
‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini hampir-hampir tidak ada manfaatnya. Jika ada perkataan “sampaikan kepada sejumlah orang” biasanya mengarut saja. Memang baik kita abaikan. Sekiranya anda menulis ataupun mendapat hadis umpamanya, dan mahu disampaikan kepada orang lain, itu memang bagus. Tapi yang berisi arahan supaya sebarkan kepada sejumlah orang, kadang-kadang berupa ugutan pula, jangan dilayan.

Ugutan yang dibuat pun memang melucukan (bagi yang tahu). Samalah halnya dengan surat berantai kisah Syeikh Ahmad yang ‘mengetop’ kisahnya sekitar 70-8-an dulu. Sesiapa yang sebarkan surat itu kepada sejumlah orang, pasti akan mendapat imbuhan keduniaan seperti kenaikan pangkat, mendapat anak dan macam-macam lagi. Siap diberikan contoh kejayaan orang-orang kenamaan yang pernah menyebarkan surat itu. Sesiapa yang tidak percaya dan tidak mahu menyebarkannya pula, akan ditimpa musibah yang besar, juga beserta contoh-contoh mereka yang pernah terkena musibahnya. ‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini pun ada juga yang diselitkan ugutan seumpama ini. Orang awam yang kurang pengetahuan pun bersungguh-sungguhlah menyebarkannya kerana takut terkena musibah. Mana yang lebih bijak, mereka SMS ustaz-ustaz dulu minta penjelasan.

Antara bahaya besar yang kita nampak daripada aktiviti penyebaran ‘hadis-hadis palsu zaman moden’ ini boleh kita ambil daripada cerita ‘Penggembala dengan Harimau’. Penggembala berteriak kepada orang kampung kononnya kambing-kambingnya diserang harimau. Apabila orang kampong tiba, ternyata perkara itu hanyalah dustaan si penggembala. Kali pertama orang percaya, kali kedua orang percaya. Masuk kali ketiga orang buat tak tahu saja walaupun ketika itu memang betul ada harimau menyerang kambing-kambing.

Dalam hal ‘hadis palsu moden’ ini, dikhuatiri satu hari nanti umat Islam sudah hilang sensitif kerana muak ditipu berulang-kali dan akhirnya buat tak tahu saja mesej yang disebarkan sedangkan ketika itu umat Islam memang betul-betul berada dalam bahaya dan memerlukan gerak segera. Memang tidak bertanggungjawab para pencetus ‘hadis palsu moden’ ini.

Kita kembali kepada ‘hadis palsu moden’ yang saya terima di atas. Agak melucukan bunyinya “pakar meteorologi BAHAGIAN BUNYI”. Adakah jawatan sebegitu? Jika ada, betullah tu, mungkin saya yang kurang ilmu. Pakar bahagian bunyi itu kononnya mendakwa terdengar bunyi seperti NGAUMAN RAKSASA dari bawah mantel bumi. Terus PARA ULAMA menyatakan bunyi itu kemungkinan bunyi Dajal yang mahu naik ke atas muka bumi. Oang-orang di Rusia (banyak yang atehis) sana percaya kisah Dajjalkah?

Amboi, amboi, cepat betul pakar-pakar bunyi itu berhubung dengan PARA ulama sedangkan mereka baru mendengar bunyi itu HARI INI! Masa bila pula apabila ada sesuatu penemuan baru, pakar-pakar meteorology Rusia menjadikan ulama sebagai rujukan? Dan para ulama pun begitu pantas sekali memberikan ulasan. Yang mana satu Dajal ni, yang nak keluar dari bawah tanah tu ke... ataupun yang mula-mula menulis mesej di atas? Hebat betul Dajjal, keluar-keluar dari BAWAH MANTEL BUMI, terus capai telefon bimbit dan tulis mesej.. : )

Kemudian, bila masa pula Dajjal tinggal di bawah bumi? Saya rajin juga membaca dan membuat nota tentang Dajjal tapi tak jumpa pula kisah Dajjal tinggal dalam tanah, dan mengaum pula bunyinya. Pencetus ini nyata jahil ehwal agama Islam.

Kejahilannya terserlah lagi apabila membuat seruan supaya umat Islam SENTIASA/TIDAK BERHENTI mengerjakan solat dan berazan. Ajak orang supaya membanyakkan solat itu bagus, tapi solat dan azan ‘non-stop’ tu pernahkah dibuat para pendahulu kita? Boleh jadi si pencetus ini bukan orang Islam, tak mustahil. Lebih-lebih lagi apabila dia menulis “kpd 10 umat ISLAM” dengan perkataan ISLAM diserlahkan berhuruf besar. Cepatlah habis ‘kredit’ orang-orang Islam asyik menyambung rantai mesej palsu.. : )

Zaman dahulu, hadis-hadis palsu yang menggesa umat Islam menambahkan amal memang banyak. Antara tujuannya supaya umat Islam leka dengan amal dan ketinggalan ehwal keduniaan menyebabkan musuh-musuh Islam mudah menjatuhkan Islam. Ada juga yang mahu mengukuhkan kedudukan politiknya lalu menyebarkan fadhilat amal yang luar biasa. Tujuannya supaya umat Islam kurang masa untuk meneliti ehwal politik, maka dia akan mengaut apa-apa keuntungan politik.

Contohnya hadis-hadis yang mengatakan jika melakukan satu amal tertentu berterusan ataupun pada masa tertentu, akan mendapat pahala 7 orang nabi. Sekali buat sudah dapat pahala 7 nabi, kalau dibuat setiap tahun, setiap minggu? Wahhh, kalah habis para nabi punya amal!

Begitulah, salah satu kaedah untuk mengenal hadis palsu ialah ganjaran yang dijanjikan itu terlalu berlebih-lebihan. Orang awam pun berlumba-lumbalah mengikut saranan hadis palsu itu sedangkan pada masa yang sama pencetusnya mengaut keuntungan.
Alhamdulillah, telah berjaya dicopypaste daripada cahayakebajikan.blogspot.com. Hehe ;)
: : YA ALLAH, peliharahalah kami! : :
~ Fikir-fikirkanlah ~
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..

20 November 2009

Halal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Kepada calon-calon SPM (?)
Buatlah yang terbaik untuk Islam
Martabatkanlah agama Islam
Sesuai dengan tajuk yang simple mimple
Semasa sedang bershopping di KB Mall, (KB Mall lagi ke?) or Kota Bharu Trade Center
Sentiasalah alert akan kehalalan barang yang dibeli
Untuk mengelakkan hati kita menjadi hitam
Untuk mengelakkan amalan kita ditolak
Untuk mengelakkan kita tidak berperasaan
Okay, macam mana nak semak?
Taip halal [nombor kod bar] contoh; halal [9551234567891]
Hantar ke 32728
Sekiranya maklumat masih sah: Sijil Sah
Sekiranya sudah tamat tempoh: Sijil Tamat Tempoh
Sekiranya tiada di Hub Halal JAKIM: Tiada dalam senarai
:: YA ALLAH, peliharah hati kami! ::
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..

14 November 2009

Winter?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Kepada rakyat-rakyat Malaysia,

Sekarang tengah musim sejuk!

Hehe.. ;)

Venue: In front of my house (Just opposite Mediterranean Sea)

14, 3rd Floor, Zainab Building,
Abu Kabeer Street,
Camp Chezar,
Alexandria, Republic Arab of Egypt.

+20146085004

:: Doakan kami sentiasa dalam rahmat ALLAH S.W.T. ::

~Ukhuwwah fi Mardhatillah~

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..

16 October 2009

Salam Perantauan


Assalamualaikum wtb kalian warga AlManar...
Didoakn agar semua dlm keadaan sihat wal'afiah
Sekalung takziah jg kpd seluruh keluarga Allahyarhmah Us.Nazirah
Moga beliau dtempatkn bersama para syuhada' yg lain...
Bismillahirrahmanirrahim
Da agak lame tak update blog banat ni,xsempat nk ngadap laptp
Ni ingat nk citer la ckit keadaan & suasana kami d mesir.
xbyk pun tp tuk tatapan sahabat sekalian di tanah air
Mg2 ade yg terbuka hati ikut jejak kami di sini..cpat2 taw dtg,,.

ini lah pmandangan kota mesir,bumi lubuk ilmu dr atas bukit...


Apa yg ana dpt simpulkn bila duk mesir ni,sbnrnya bukan sprt yg disangka sblum ni.sebuah negara yg terlalu terkebelakang ttp sstngah perkara dorg lg hebat dr kita d M'sia.


Gas dorg xguna tong,guna saluran mcm s'pore.tp ade lg la jual tong py.Hadiqah dorg besar2 n cntik2.nnt jap g ana citer sal hadiqah.Kt sini,bas2 teksi2 mmg tlampau byk.tunggu je tepi jln nnt ade je yg benti ty nk g mane.Wonderland a.k.a midvalley dorg ade patung syaitan kt bumbung.agak kelakar la n menakutkn awalnyer..


ok,masuk time raye lak..Raye Perantauan ala kadar jek..pakai baju lame,solat atas jln raya tp ketupat,nasi impit,rendang,sate,kuih raye ttp adeeer..

Bersama shbt2 n adik2 medic tajaan mais..

kt sini la kami solat raye..






Taqiah bersama musyrifahnyer...




Husna melaram habis,..dlm imarah je taw....

waktu ni mmg 1 imarah akhawat pkai belit2,kami ade hr wat open duur a.k.a openhouse la..

mmg syok sgt2,mkn ramai2,bgmbar ramai2 smpai nk pecah kamera dgn gmbr kami je..hahaha

pglaman pertama kn....

b4 dat,malam raya ptama,kami ade takbir wakil duur ke duur.teramat syahdu.

Ana dtugaskan utk btakbir bg duur ana duur4..mmg ramai menangis,ana xtaw nk ckap ape..




sbhgian new akhawat dpn imarah selangor,bersama pegawai Selangor yg disayangi..

Beg hitam tu beg kusus bahasa kami..lupa nk pakai tag lak.
pandangan dpn imarah akhawat,,6tingkat sume..sblah nye ikhwah..


Dr Taqiah yg malu2 kucing nk amik gmbr..

baju purple tu bdak MTS Tanah Merah(medic)



Rehlah Kursus bahasa

Di hadiqah Azhar.....silau sgt3 =)




Taqiah take over buai budak laki tu,xmalu btuii...nasib baik dy sengih...




Kwn2 sekelas Taqiah d puncak Hadiqah Azhar.Berlatarblkg kn bandar Mesir........






Inilah port tramat cntik tuk bgambar..kalu dperhatikn kt tgn kanan Taqiah tu adlah Masjid AlAzhar..tgn kiri ana Qal'ah Salahuddin tp xnmpak la plak..sgt besar qal'ah tu..





Taqiah bersama uszh.Hind-us kelas kusus bhsenyer

Husna n Uszh Nadiah-us kursus bahase


Rasenye sampai sini dulu cerita sal Negara lubuk ilmu yg indah ini..

ade rezki nnt dtg2 la jenguk kami.

Wassalam...


15 October 2009

AL-Fatihah.....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
harap semua banat dan warga al-manar dalam keadaan sihat wala'fiat..juga x lupa salam maaf kepada yang ana kenal mahupun yang x brp kenal...
Apa pon, ana dgn sedih skali nak bgtau semua warga al-manar khususnye, berita kematian ustazah kesayangan warga banat al-manar, U.nazirah (gambar bersama anaknya Aisyah) semalam 14octobor, 4 petang, akibat kemalangan dalam perjalanan ke pahang...=(!!

Memang ana amat terkejut sewaktu menerima berita ini, sedih! & inilah gambar terakhir ustazah bersama sewaktu majlis kesyukuran sahabat kami Achik di kelantan..x sangka itulah kali terakhir kami jumpa ustazah...

Dengan berat hati, sedih...Ana wakil warga al-manar megucapkan takziah kepada ahli keluarga ustazah khusunya suami ustazah, U.osman...moga ustazah dicucuri rahmat dr Allah s.w.t & moga ustaz tabah hati menerima berita ini, x lupe kpd dua puteri ustazah, ingat allah selalu, di mana pon kamu berada...

DOA KEPADA SI MATI :



Ingatlah wahai sahabat-sahabatku...mati itu adalah tetamu yang tidak diundang..jadi bersedialah untuk menghadapinya!!..hanye mereka yang bijak & rindu menemui ilahi akan bersedia menemuinya.........

Sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah utk arwah ustazah, salah silap ustazah mohon kalian maafkan....ingatlah, kita akan menyusul x lama lagi..........


AMEeeeeeen...

Ikhlas dari sahabat antum,

UMAY......

alfatihah..........