Pages

17 December 2012

Tahniah Maryam Rufaida


Tahniah Maryam Rufaida kerana selamat melahirkan bayi perempuan...

Ini status Kak Da di group Al-Manar

"welcome to the world little angle !! baby girl finally made her appearance! Alhamdulillah .... Baby Girl 2.7 Kg selamat dilahirkan pd Hari sabtu 15/12/12 bersamaan 1/2/34 Hijrah pukul 1.04 pm ~ Doakan Baby jadi anak solehah ye ♥ Syukran !! Terima kasih kepada yang mendoakan ♥♥"

Ni anak Kak Da...


Semoga little caliph ini menjadi anak yang solehah ^_^

30 November 2012

Teknik Menghafal Al Quran Versi Al-Manar

Assalamualaikum W.B.T.

Sengaja buat tajuk formal, senang orang nak search. ^^

Alam persekolahan sudah bermula. Faham kan signifikasi kenapa saya berkata frasa "Alam persekolahan sudah bermula".

Ya, para pembaca blog saya (?) sangat bijak, Alhamdulillah :D 

Salah satu kejayaan besar Al Manar ialah pada tahfiz Al Quran. Take in mind, Al Manar yang sedang saya berbicara bukanlah nama surat khabar atau stesen televisyen, tetapi ia nama sekolah saya yang terletak di dalam hutan. 


Sumber gambar.

Jauh ke dalam hutan Selising, Kelantan. Ini sawah padinya :) Hafal + hutan + harmoni + hijau + harum = Hafizah! Suasana hutan dengan udara yang bersih memang membantu. Elok mulakan menghafal sewaktu masih kecil, kerana waktu itu minda kita mudah meresap dan tidak mudah letihTetapi, bukan bermaksud veteran tidak boleh menghafal. Poin saya, sesiapa yang sudah berniat, elok dimulakan sekarang.

Ini teknik menghafal kami yang telah diperkenalkan oleh Ustaz Hadi. Sangat berkesan! Boleh menjadi rujukan untuk tenaga pengajar sekolah-sekolah tahfiz. Al Manar tidak menggunakan sistem hafal 2 TAHUN seperti sekolah lain. 


Sakan. Kami tidak menggunakan istilah asrama atau hostel.

This is the flow;

1) Sofhah Jadid = Muka surat baru.
Biasanya, kami hanya menghafal satu muka surat dalam sehari.

2) Murajaah Jadid = Ulangan muka surat baru.
Ulangan atau revision, muka surat yang telah dihafal selama 5 hari yang lepas. Ke 4? Ke 7? Tetapi, confirm bukan 3. Kalau 5 hari lepas kita hafal 10 muka surat, maka revise 10 muka surat.
3) Murajaah Qadim = Ulangan muka surat lama.
Ulangan ini mengikut jumlah juzu'.

Jika pelajar tersebut menghafal _, maka murajaah qadimnya sebanyak _.
5 juzu' = 10 muka surat.
10 juzu' = 20 muka surat.
15 juzu'= 30 muka surat.
30 juzu' = 40 muka surat.

Haha. Sebenarnya, sudah tidak berapa ingat secara spesifik. Semua muka surat ini perlu dibaca secara terus, bukannya 10 muka surat, kemudian sambung lagi 10, dan seterusnya. Ulangan ini diteruskan sehingga habis, dan mula kembali dari surah Al Fatihah. Inilah cycle dalam sehari. 

Waktu kelas hafazan;

1) 0600 - 0720
2) 0800 - 0845
3) 0700 - 0900

Salah satu perkara strict yang akan datang tanpa diundang...

Vroom vroom. Bunyi motor memecah suasana. Errk. Hampir semua banat mengenali maksudnya. Dialog dalam bahasa Arab, dan telah diterjemahkan ,antara Ustaz dan Haura' yang sudah menghafal 15 juzu'.

Ustaz: "Haura', ke mari! Sambung ayat ini. (sambil membaca potongan ayat dari juzu' 3).
Haura': Erk. Erk. Gulp. (Nervous dan baca dengan salah).
Ustaz: Kamu diturunkan kepada juzu' 3 mulai hari ini!

Haura': (Terus tidak nervous dan membaca dengan cemerlang).

Diturunkan juzu' bukannya situasi yang tidak biasa. Jadi, jangan bermain-main dan sentiasa serious dalam menghafal.

Ada orang bertanya kepada saya, ada pantang larangkah dalam pemakanan untuk penghafal Al Quran?

Jawapan saya, saya makan je semua jajan berMSG yang ada. Haruslah tidak diikut jawapan kurang cerdik saya. Kekeke. Jawapan serius, jangan makan makanan haram. Sama ada ia haram secara qat'i atau bersumber dari perkara yang haram.

Wallahu A'lam.


Via blog Nusaibah Sallehuddin

23 November 2012

SPM 2012


Agak terlambat untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM 2012 kepada semua pelajar di Malaysia khususnya Banat Al-Manat Batch 5 & 6 iaitu:-

-Syafiah Masturah
-Syairah Nasihah
-Hasanah
-Najiya
-Inshira
-Noraimah
-Siti Samirah
-Nawalul Huda
-Puteri Mardhiyah

Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun 2013 nanti... In Shaa Allah...

28 May 2012

Sajak: Syabab Fatayat


Wahai syabab fatayat!

Kalianlah yang bakal menjadi pewaris

Pewaris yang akan memimpin pada masa hadapan

Ayuh! Berjuang demi menegakkan syariat Islam

Bukalah mata! Bukalah minda!

Para pemimpin kini sedang mengharapkan kalian


Wahai syabab fatayat!

Jangan biarkan diri kalian hanyut

Hanyut dalam keseronokan duniawi

Hingga lupa pada ukhrawi

Jangan lupa pada Yang Maha Satu

Kerana Dialah Allah, Tuhan yang menciptakan kalian


Wahai syabab fatayat!

Jadikan Allah sebagai matlamat hidup

Jadikan Rasulullah sebagai ikutan

Jadikan Islam sebagai pegangan

Jadikan rukun Islam sebagai tanggungjawab

Jadikan rukun Iman sebagai kepercayaan


Nukilan hati: Bintu Zulkiffli...


23 January 2012

Mabruk Anna Salmiah!!



Mabruk Anna Salmiah atas kelahiran Muhammad Faqih Muqaddam pada 25 Disember 2011... Semoga Faqih menjadi anak yang soleh dan taat kepada umi dan abi...

23 November 2011

Nukilan hati...

Dakwah adalah sesuatu aktiviti yang mencabar dan memerlukan ilmu dan kepakaran yang tinggi... Paling utama> Bercakap secara berhikmah & tidak boleh bercakap secara emosi atau sindiran...